Bekaba (album)

Bekaba
Album studio oleh
Noraniza Idris
Dilancarkan pada23 Ogos 1999
Dirakamkan padaFebruari - Julai 1999
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
StudioPro Recording Studio
Genre
  • Irama Malaysia
Panjang57:44
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatSuria Records
Penerbit
  • Tan Su Loke (eksekutif)
  • Pak Ngah
  • Rosli Selasih
  • To'ki
Kronologi Noraniza Idris Sunting nilai ini di Wikidata
Seri Balas
(1999)
Bekaba Sunting nilai ini di Wikidata
(1999)
Iktiraf
(2000)
Single daripada Bekaba
  1. "Tinting"
    Dikeluarkan: 23 Ogos 1999
  2. "Ngajat Tampi"
    Dikeluarkan: 18 Oktober 1999
  3. "Si Nara"
    Dikeluarkan: 5 Januari 2000
  4. "Panji Sumandak"
    Dikeluarkan: 7 Mac 2000
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bekaba ialah album studio kesembilan oleh penyanyi Malaysia, Noraniza Idris. Ia dikeluarkan pada 23 Ogos 1999, oleh Suria Records, tujuh bulan selepas keluaran album duet bersama penyanyi Siti Nurhaliza iaitu Seri Balas (1999).

Bekaba mempertaruhkan single Tinting sebagai single pertama untuk album ini. Lagu hasil ciptaan Pak Ngah yang berkonsepkan hadrah itu berjaya menambat hati pendengar muzik tanah air. Sekaligus Noraniza berjaya mengumpul peminatnya lebih ramai. Lagu Tinting membawa tuah apabila layak bertanding di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2000.

Ringkasan Album

Noraniza Idris masih menggunakan konsep lagu yang sama. Kata Noraniza, dia tetap dengan irama Melayu tradisional. Mungkin kerana jiwa dia sudah sebati dengan alunan irama tersebut.

Ketika ditemui sesi fotografi di studio Utusan, Noraniza menyatakan bahawa dia tidak akan merasa bosan dengan irama tersebut. Bagi dirinya, perkataan bosan itu tidak pernah timbul tetapi apa yang diinginkan adalah memastikan lagu-lagu Melayu tradisional terus popular.

Noraniza berkata, masih banyak irama Melayu tradisional yang belum diterokai. Dia ingin menerokai dan seterusnya mempopularkan irama tersebut. Dalam album terbaru ini Noraniza berpeluang meluahkan apa yang diingininya sebelum ini, khususnya dalam memartabatkan irama tersebut.

Peluang ini memberikan dia keyakinan. Apa tidaknya, dia berkesempatan meluahkan apa yang dia inginkan dalam mengangkat irama tradisional. Malah dengan peluang ini juga Noraniza turut berkeyakinan album ini lebih memuaskan hati peminatnya. Bukan hanya kerana penerbitnya mempunyai pengalaman yang luas tetapi juga materialnya yang sememangnya cukup bagus,

Oleh itu tidak hairanlah jika untuk album kali ini ia tampilkan irama ngajat, zapin hanuman dan hadrah yang diselitkan dengan rentak masa kini. Noraniza tetap menyelitkan dengan rentak moden. Tetapi keasliannya tetap terpelihara. Penyelitan itu cuma untuk menyedapkan lagi bila didengar.

Senarai runut

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Kisah Barat" (Introduksi) Hairul Anuar HarunTradisional Makyong3:50
2."Tinting"Hairul Anuar HarunPak Ngah5:29
3."Ngajat Tampi"SisoRosli Selasih4:44
4."Panji Sumandak"Tok WanTo'ki5:57
5."Sapta"Hairul Anuar HarunManan Ngah4:07
6."Selat Tebrau"Ahmad JusohAhmad Jusoh4:26
7."Joget Si Kaduk Junjung"Raja KobatRaja Kobat4:09
8."Laksana Dikata"MegamutiaraShireen Jasin Mokhtar5:00
9."Ya Kasih"To'ki5:20
10."Sang Puteri"SisoRosli Selasih4:10
11."Si Nara"Hairul Anuar HarunPak Ngah4:36
12."Tinting" (Minus One) Hairul Anuar HarunPak Ngah5:29
Jumlah masa: 57:44


Info

Bekaba berjaya dicalonkan dalam kelompok top 5 menerusi kategori Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2000 (AIM7) Tetapi Bekaba tewas kepada album Seri Balas yang dimenangi oleh Noraniza sendiri bersama rakan duetnya Siti Nurhaliza.

Rujukan

  • l
  • b
  • s
Melayu Deli
"Hujung Sireh" • "Mak Inang Kampung" duet bersama L. Ramlee
Kaparinyo
"Asmara" • "Bulan Ditutup Awan" • "Setangkai Kembang Melati" & "Kaparinyo" duet bersama Abdullah Chik
Nostalgia Malindo
"Anak Tani(Singkong & Keju)" • "Rindunya Setengah Mati" • "Bunga dan Kumbang" • "Cintaku Sampai Ke Ethopia"
Mengemis Rindu
"Mengemis Rindu" • "Debak Debuk" • "Arus Sejenak Bahagia" • "Jangan Buat Lagi"
Inginku Sandarkan Harapan
"Inginku Sandarkan Harapan" • "Tak Guna Kesalkan Lagi" • "Lupakanlah Si Dia" • "Bunga Kasih Terbiar Layu
Masihkah Dirimu Menyayangiku
"Pudar Warna Cinta" • "Masihkah Dirimu Menyayangiku" • "Joget Gadis Desa"
Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama
"Hati Ke Hati" duet bersama Abdullah Chik • "Ingin Tahu" duet bersama Abdullah Chik
Seindah Budimu
"Saat Yang Bahjagia"duet bersama Ibnor Riza • "Sri Bulan"duet bersama Ibnor Riza
Noraniza Idris
"Monolog Duka"Menampilkan Razak Ahmad • "Rentak Tandak" • "Rindu Rinduan" • "Siapa Aku Di Hatimu" • "Segunung Janji, Selaut Kasih"
Ala Dondang
"Awallah Dondang" • "Rindu" • "Semalu Rimba" • "Embun Setitik" • "Mahligai Asli"
Masyhur
"Dikir Puteri" • "Zapin Pusaka" • "Joget Berkias Kasih" • "Dondang Dendang"
Seri Balas
"Hati Kama" Duet bersama Siti Nurhaliza • "Ya Allah Ya Saidi" • "Lenggang Lenggok" Duet bersama Siti Nurhaliza • "Ketawa Lagi" Duet bersama Siti Nurhaliza
Bekaba
"Tinting" • "Ngajat Tampi" • "Si Nara" • "Panji Sumandak"
Iktiraf
"Empat Dara" • "Iboq" • "Manira" • "Ya Salam" • "Logamaya"
Aura
"Hala Timur" • "Layar Batutta" • "Berendoi" • "Tandang Bermadah"
Sawo Matang
"Hatinya Tak Tahan" • "Sama Tak Serupa"Duet bersama David Arumugam • "Rajuk Rindu" • "Ayuh! Juragan"
Lenggok
"Racau Sang Khalifah"Duet bersama Liza Hanim • "Asyik Bisikan Hubah"menampilkan Mohram • "Dayung Sampan"menampilkan Hee Yun
Cintaku Satu
"Enjut"Bersama The Fabulous Cats • "Kuasa Cinta"Duet bersama Black Hanafiah • "Mahligai"Duet bersama Jaclyn Victor
Lagu-lagu lain
"Kalau Kaca Menjadi Intan" duet bersama Ahmad Fauzee • "Sayang Ibu" • "Sumpah Tanda Setia" duet bersama Sulaiman Yassin • "Tanda Kasih" bersama 2 by 2 • "Bantu Mereka" MAKNA • "Onjak Sekaki" bersama Ruffedge
Lagu-lagu perayaan
"Masih Ada Yang Sayang" • "Rendang Untuk Suami" • "Nikmat Hari Raya" bersama September 5 • "Aidilfitri di Alaf Baru" bersama Siti, Liza Hanim & Anis Suraya • "Halal Bihalal" • "Rajuk Rindu di Aidilfitri" • "Cinta Lebaran"bersama Akasia