Yusuf Dikeç

Yusuf Dikeç
Maklumat peribadi
KewarganegaraanTürkiye
Lahir (1973-01-01) 1 Januari 1973 (umur 51)
Taşoluk, Göksun, Kahramanmaraş Province, Türkiye
Alma materUniversiti Gazi
PekerjaanPTT Gendarmerie
Tahun aktif2001–sehingga kini
Ketinggian180 cm (5 ka 11 in)
Berat badan80 kg (176 lb)
Sukan
NegaraTürkiye
SukanPistol angin
AcaraPistol angin 10 meter, Pistol angin 50 meter
KelabJandarma Gücü
Rekod pingat
Sukan Menembak
Mewakili Turki
Sukan Olimpik
Pingat perak – tempat kedua Paris 2024 Beregu campuran pistol angin 10 m

Yusuf Dikeç (lahir 1 Januari 1973) ialah seorang penembak sukan Türkiye yang menyertai kategori senjata api pistol. Beliau ialah seorang pegawai tidak tauliah (PTT) yang telah bersara dari angkatan Gendarmerie Turki. Yusuf membersamai Kelab Sukan Jandarma Gücü dan mara sampai mendapat pingat perak untuk negaranya. Dia tular kerana pakaiannya yang garang sederum umurnya semasa perlawanan.[1][2]

Kehidupan awal

Yusuf Dikeç lahir pada tahun 1973 di kampung Taşoluk, distrik Göksun di Provinsi Kahramanmaraş. Selepas menamatkan pendidikan dasarnya, beliau meneruskan ke pekan Göksun. Pada tahun 1994, Yusuf registrasi di Sekolah Ketenteraan Gendarmerie Ankara. Selepas menamatkan pendidikannya, dia dikeruniakan pangkat Korporal dan berkhidmat di Mardin. Pada 1999, beliau menyertai sekoleh tentera lagi dan mendapat kelayakan pangkat menjadi Sarjan. Yusuf berkhidmat selsma satu tahun di Istanbul, selepasnya ditunjuk sebagai ahli Jandarma Gücü di Ankara, kelab sukan Gendarmerie Türkiye.[2][3]

Pada tahun 2001, Yusuf memulakan kerjaya sebagai penembak sukan. Setakat itu, Yusuf menyertai pelbagai kejohanan sama pasukan kebangsaan ataupun batalion pasukan tenteranya.[2][3] Sebagai seorang atlet, dia mengambil kepujian pendidikan kekuatan fizikal di Universiti Gazi di Ankara.[1]

Kerjaya sukan

Yusuf terkenal berjaya memenangi banyak kejuataan menembak di pelbagai kategori pistol untuk Türkiye sederum mengasas beberapa rekod baharu semasa nengguna senjata itu.[2]

Pada tahun 2006, beliau mengasas rekod kelas dunia di Kejohanan Ketenteraan Dunia CISM kategori pistol 25-m di Rena, Norway, mata yang didapatkannya ialah 597.[4]

Yusuf memenangi pingat gangsa dalam perlawanan pistol angin 10-m di 2012 ISSF World Cup Final yang bertempat di Bangkok, Thailand.[5]

Pada Kejohanan Menembak Eropah 2013 di Osijek, Croatia, yang berlaku dari 21 Julai hingga 4 Ogos, Yusuf memenangi pingat emas berganda di kategori 25-m pistol standard dan 25 m center-fire pistol. Dia mendapat pingat perak di kejohanan sama pada kategori 25-m standard berpasukan dengan rakannya Fatih Kavruk dan Murat Kılınç. Pada kategori pistol center-fire 25-m berpasukan, dia memenangi pingat emas.[6] Pada kategpri pistol 50-m, dia memenangi pingat perao bersama Ömer Alimoğlu dan İsmail Keleş.[7]

Pada Kejohanan Menembak Eropah 2021 di Osijek, Croatia, dia menang pingat gangsa bersama Serdar Demirel dan İsmail Keleş dalam perlawan pistol angin 10-m.[8]

Dia dan rakan sepasukannya, Şevval İlayda Tarhan memenangi pingat perak untuk kategori pistol angin 10-m beregu campuran di Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Pada perlawanan akhir, bersemuka dengan regu penembak sukan Serbia Zorana Arunović dan Damir Mikec.[9] Pada kejohanan ini, Yusuf menjadi tular kerana "tatapannya yang dingin" dan "penampilannya seperti encik di kedai-kedai". Ketika banyak dari penentangnya yang memakai pelindung telinga, kacamata dan visor teknologi mutakhir, beliau hanya memakai T-shirt biasa dan kacamata rabun biasa.[10][11]

Rujukan

  1. ^ a b "Türk Sporcular 2012 Londra Olimpiyatlarında-Atıcılık-Yusuf Dikeç" (dalam bahasa Turki). GSB. Dicapai pada 8 July 2012.
  2. ^ a b c d "Yusuf Dikeç" (dalam bahasa Turki). Emekli Assubaylar. Dicapai pada 9 July 2012.
  3. ^ a b "Yusuf Dikeç" (dalam bahasa Turki). Göksun Şehir Portalı. 26 February 2012. Dicapai pada 9 July 2012.
  4. ^ "CISM World Records Men". CISM. Dicapai pada 8 July 2012.
  5. ^ "2012 ISSF World Cup Final closed in Bangkok: China tops the medal count". ISSF. Dicapai pada 30 August 2013.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama esc
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama s
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama trth1
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama f1
  10. ^ "A conspicuously dressed-down shooter won Olympic silver. Then he went viral". NPR. Dicapai pada 1 Aug 2024.
  11. ^ Morik, Ryan (2024-07-31). "Turkish Olympic pistol shooter goes viral after nonchalant composure leads to silver medal: 'Insane aura'". Fox News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-01.

Pautan luar

  • Templat:ISSF
  • Templat:Olympics.com profile
  • Templat:Olympedia
  • Templat:Olimpedya
  • Templat:TMOK profile