Ya, Cikgu!

Ya, Cikgu! ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 yang disiarkan di TV3 sepanjang bulan Syawal pada 10 April 2024 hingga 14 April 2024.

  • Drama
  • Komedi
Ditulis oleh
  • MF Kencana
  • Azal Ezreen
PengarahKhir Rahman
Dibintangi oleh
  • Fadhli Masoot
  • Trisha Ooi
Lagu pembukaanSetelah Hujan - KlangitNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod5PenerbitanPenerbit eksekutifSiti Norhayza Mohd AliPenerbitYM Tunku Tiara Yasmin Sofia
Zuraida SelamatTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Quiara One Production Sdn BhdPenyiaranSaluran asalTV3
TontonFormat gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal10 April 2024 – 14 April 2024

Sinopsis

Kehendak jiwa yang berbeza telah menimbulkan perbalahan antara Amin (Fadhli Masoot) dan bapanya, Cikgu Zaman (Khir Rahman).

Cikgu Zaman inginkan anaknya meneruskan legasi keluarga untuk memilih cikgu sebagai kerjaya walaupun Amin lebih cenderung untuk menceburi bidang seni.

Sahabat baik Amin, Medina (Trisha Ooi) juga bersependapat dengan Cikgu Zaman kerana Medina adalah guru praktikal di kampung itu. Amin tetap meronta-ronta untuk menceburi bidang seni dan sering menghadiri uji bakat lakonan.

Keadaan menjadi kecoh apabila Amin mengumumkan yang dia berjaya mendapat kerja sebagai cikgu tetapi di sebuah sekolah memandu. Bagaimanakah penerimaan Cikgu Zaman terhadap kerjaya Amin?

Pelakon

Pelakon utama

  • Fadhli Masoot sebagai Amin
  • Trisha Ooi sebagai Medina
  • Khir Rahman sebagai Cikgu Zaman
  • Amyza Aznan sebagai Rokiah
  • Ku Faridah Ku Shafie sebagai Nek Tum

Pelakon pembantu

  • Afifah Nasir sebagai Dahlia
  • Muhsin Nadzli sebagai Shuib
  • Iman Zulkarnain sebagai Haikal
  • Bohari Ibrahim sebagai Penghulu Zahar