Undang-undang keselamatan negara Hong Kong

Undang-undang Republik Rakyat China bagi Melindungi Keselamatan Negara di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong
اوندڠ٢ ريڤوبليق رعيت چينا باݢي مليندوڠي کسلامتن نݢارا د ولايه ڤنتدبيرن خاص هوڠ کوڠ
Jawatankuasa Tetap
Kongres Rakyat Kebangsaan
Jangkauan wilayah
Republik Rakyat China (termasuk Hong Kong)
Tarikh diluluskan
30 Jun 2020 (2020-06-30)
Tarikh penandatanganan
30 Jun 2020 (2020-06-30)
Tarikh kuat kuasa
30 Jun 2020 (2020-06-30)
Status: Berkuat kuasa
Undang-undang keselamatan negara Hong Kong
Tulisan Cina Tradisional香港國家安全法code: zh is deprecated
Tulisan Cina Ringkas香港国家安全法code: zh is deprecated
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinXiānggǎng guójiā ānquán fǎ
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
JyutpingHoeng1 gong2 gwok3 gaa1 on1 cyun4 faat3
Undang-undang Republik Rakyat China bagi Melindungi Keselamatan Negara di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong
Tulisan Cina Tradisional中華人民共和國香港特別行政區維護國家安全法code: zh is deprecated
Tulisan Cina Ringkas中华人民共和国香港特别行政区维护国家安全法code: zh is deprecated
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinZhōnghuá rénmín gònghéguó xiānggǎng tèbié xíngzhèngqū wéihù guójiā ānquán fǎ
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
JyutpingZung1 waa4 jan4 man4 gung6 wo4 gwok3 Hoeng1 gong2 dak6 bit6 hang4 zing3 keoi1 wai4 wu6 gwok3 gaa1 on1 cyun4 faat3

Undang-undang keselamatan negara Hong Kong, atau secara rasminya dikenali sebagai Undang-undang Republik Rakyat China bagi Melindungi Keselamatan Negara di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong adalah suatu perundangan berkenaan keselamatan negara di wilayah Hong Kong. Undang-undang tersebut adalah diperlukan di bawah Perkara 23 Undang-undang Dasar Hong Kong, yang berkuat kuasa pada tahun 1997 dan menetapkan bahawa undang-undang seharusnya digubal di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong. Pada Jun 2020, undang-undang tersebut digubal di Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, bukannya di Majlis Perundangan Hong Kong.

Teks undang-undang keselamatan tersebut mengundang kritikan antarabangsa, termasuklah peruntukan untuk menerima pendatang Hong Kong di United Kingdom dan juga di Amerika Syarikat, Australia dan Taiwan. Selain mengisytiharkan bahawa undang-undang tersebut menyalahi hak asasi manusia untuk rakyat Hong Kong, terdapat juga bantahan antarabangsa terhadap Perkara 38. Perkara ini mengatakan China boleh mengguna pakai undang-undang itu, dan kemudiannya menahan sesiapa dari mana-mana bahagian di dunia.

Sebagai langkah tindak balas terhadap tindakan pihak tanah besar untuk memintas perundangan tempatan Hong Kong, United Kingdom (UK) mengumumkan jika undang-undang keselamatan yang digubal oleh China diluluskan, ia akan membuka jalan kepada semua penduduk Hong Kong yang lahir semasa pentadbiran British untuk menjadi rakyat British.

Pautan luar

  • Media berkenaan Undang-undang keselamatan negara Hong Kong di Wikimedia Commons
  • Perisytiharan undang-undang dalam Warta Pemerintah Hong Kong
  • Laporan enam bulan kerajaan UK mengenai Hong Kong dari Julai hingga Disember 2019 (diterbitkan pada Jun 2020)
  • Suapan langsung BBC mengenai Hong Kong (1 Julai 2020)
  • Suapan langsung The Guardian mengenai Hong Kong (1 Julai 2020)
Portal:
  • dacing Undang-undang