Tiangan
Tiangan ("Batang Samawi" atau "Batang Langit", Bahasa Cina: 天干code: zh is deprecated ; pinyin: tiāngān, IPA: [tʰiɛn˥ kan˥]) ialah sejenis sistem angka aksara kitaran Cina kuno: Jia (甲code: zh is deprecated ), Yi (乙code: zh is deprecated ), Bing (丙code: zh is deprecated ), Ding (丁code: zh is deprecated ), Wu (戊code: zh is deprecated ), Ji (己code: zh is deprecated ), Geng (庚code: zh is deprecated ), Xin (辛code: zh is deprecated ), Ren (壬code: zh is deprecated ), Gui (癸code: zh is deprecated ). Tiangan julung kali digunakan dalam pentarikhan ketika Dinasti Shang, dan kini digunakan bersama 12 dizhi dalam kitaran enam puluh tahun dalam kalendar Cina dan dalam astrologi Cina. Tiangan dikaitkan dengan konsep yin dan yang dan Lima Unsur.
Jadual
Tiangan | Pinyin | Bahasa Jepun | Bahasa Korea (RR) | Bahasa Vietnam | Yin/Yang | Lima Unsur | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
kun'yomi | on'yomi | |||||||
1 | 甲 | jiǎ | kinoe | kō | 갑 (gap) | giáp | 阳 (yang) | 木 (kayu) |
2 | 乙 | yǐ | kinoto | otsu | 을 (eul) | ất | 阴 (yin) | |
3 | 丙 | bǐng | hinoe | hei | 병 (byeong) | bính | 阳 (yang) | 火 (api) |
4 | 丁 | dīng | hinoto | tei | 정 (jeong) | đinh | 阴 (yin) | |
5 | 戊 | wù | tsuchinoe | bo | 무 (mu) | mậu | 阳 (yang) | 土 (tanah) |
6 | 己 | jǐ | tsuchinoto | ki | 기 (gi) | kỷ | 阴 (yin) | |
7 | 庚 | gēng | kanoe | kō | 경 (gyeong) | canh | 阳 (yang) | 金 (logam) |
8 | 辛 | xīn | kanoto | shin | 신 (sin) | tân | 阴 (yin) | |
9 | 壬 | rén | mizunoe | jin | 임 (im) | nhâm | 阳 (yang) | 水 (air) |
10 | 癸 | guǐ | mizunoto | ki | 계 (gye) | quý | 阴 (yin) |
Asal-usul
Orang dinasti Shang menceritakan satu kisah mitos yang mana pernah ada sepuluh biji matahari, setiap bijinya terbit mengikut urutan dalam kitaran sepuluh hari (旬code: zh is deprecated xǔn). Nama kesemua sepuluh matahari itu merupakan Batang-batang Samawi. Raja-raja Shang membubuh aksara Batang-batang ini sebagai namanya. Sesetengah ahli sejarah percaya bahawa golongan pemerintah Shang terdiri daripada sepuluh puak, namun adalah tidak pasti sama ada masyarakat mereka mencerminkan mitos itu atau sebaliknya. Kaitan dengan Yin Yang dan Lima Unsur timbul kemudian, setelah jatuhnya Dinasti Shang.
Erti-erti harfiah aksara ini lebih kurang seperti berikut:[1]
asal | moden | |
---|---|---|
甲 | kulit, cangkerang | perisai, satu, pertama; perkataan-perkataan yang berkaitan dengan kumbang, krustasia, metanol |
乙 | usus ikan | dua, kedua, putaran; perkataan-perkataan yang berkaitan dengan etanol |
丙 | ekor ikan | terang, api, (jarang) ekor ikan |
丁 | paku | lelaki dewasa, tegap, berbentuk T, onomatopia, satu nama keluarga |
戊 | tombak | (tidak digunakan) |
己 | benang mesin tenun | diri |
庚 | bintang petang | umur (seseorang) |
辛 | menyinggung orang atasan | pahit, pedas-pedas masam, perit |
壬 | beban | memikul |
癸 | rumput dilupuskan | (tidak digunakan) |
Kegunaan kini
Tiangan ini masih digunakan di China dalam pengiraan sistem yang serupa dengan cara abjad digunakan dalam bahasa Melayu, iaitu:
- Gred (pemarkahan) pelajar: dengan Yōu (優code: zh is deprecated "Cemerlang") tambahan sebelum Jiǎ.
- Nama-nama dalam dokumen dan kontrak sah yang sama peranannya dengan A, B, C, etc. dalam bahasa Melayu.
- Pilihan dalam peperiksaan, pantauan pelbagai pilihan dsb.
- Penamaan bahan-bahan kimia organik (cth. metanol: 甲醇code: zh is deprecated jiǎchún; etanol: 乙醇code: zh is deprecated yǐchún)
- Penamaan penyakit (Hepatitis A: 甲型肝炎code: zh is deprecated jiǎxíng gānyán; Hepatitis B: 乙型肝炎code: zh is deprecated yǐxíng gānyán)
- Penamaan liga-liga sukan (Serie A: 意甲code: zh is deprecated yìjiǎ)
- Nama-nama vitamin (namun kini, di sini sistem ABC lebih laris digunakan)
- Penamaan watak-watak yang mempersembahkan dialog dalam teks ringkas (甲code: zh is deprecated mulakan dahulu, 乙code: zh is deprecated menjawab)
Korea dan Jepun juga menggunakan tiangan pada dokumen sah secara demikian. Di Korea, huruf-huruf gap (甲code: ko is deprecated ) dan eul (乙code: ko is deprecated ) digunakan secara konsisten untuk menunjukkan kontraktor lebih besar dan lebih kecil (masing-masing) dalam kontrak sah, dan kadang-kala digunakan sebagai sinonim untuk tujuan sebegini; kegunaan sedemikian agak laris di kalangan golongan pandai IT di Korea.
Lihat juga
Nota
- ^ William McNaughton. Reading and Writing Chinese. Tokyo: Charles E. Tuttle, 1979.
Pautan luar
- Heavenly Stems and Earthly Branches - Hong Kong Observatory