Suamiku Encik Sotong

  • Keluarga
  • Komedi
  • Romantik
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Syikin ZainalPenciptaSyikin ZainalPengarahMP Roslin Sharif
Dibintangi oleh
  • Sharnaaz Ahmad
  • Amyra Rosli
Lagu pembukaan"Perempuan" oleh Faizul SanyLagu penutup"Perempuan" oleh Faizul SanyNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod20PenerbitanTempoh siaran44 minit
Syarikat penerbitan
Global StationPenyiaranSaluran asalAstro RiaSiaran asal27 Oktober 2014 – 9 Mac 2015

Suamiku Encik Sotong ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Amyra Rosli. Diadaptasi dari novel 2013 bertajuk sama karya Syikin Zainal, siri ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria dari 27 Oktober 2014 hingga 9 Mac 2015.[1][2]

Sinopsis

Drama ini mengisahkan pasangan suami isteri yang berlainan sikap dan gaya. Suami lebih kepada jiwa kelembutan manakala si isteri agak rock sedikit jiwanya. Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding.

Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Sudahlah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.

Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.

Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

Pelakon

Pelakon utama

  • Sharnaaz Ahmad[3] sebagai Farish
  • Amyra Rosli sebagai Erica Soffea

Pelakon pembantu

  • Amar Baharin sebagai Tengku Izhan
  • Hanis Zalikha sebagai Dhia Adirra
  • Tunku Hanis sebagai Qarina
  • Roy Azman sebagai Encik Zahid
  • Zulkifli Ismail sebagai Encik Idrus
  • Helvera Susanti Basri sebagai Tengku Atylia
  • Salimah Mahmood sebagai Tan Sri Khaleeda

Pelakon sampingan

  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Syirin
  • Rose Aida Dahala sebagai Amylia
  • Noor Ismaliza sebagai Peguam
  • Lisbell Fahmi sebagai Pembantu Peguam
  • Syed Aziz sebagai Jurunikah
  • Emma Ar sebagai Pembantu Butik Amylia

Rujukan

  1. ^ Kemalia Othman (3 Januari 2015). Rating 'Suamiku Encik Sotong' Meningkat Biarpun Dikritik mStar Online. Dicapai pada 13 Mac 2015.
  2. ^ Budiey (7 Mac 2015). Tayangan Eksklusif Episod Akhir Suamiku Encik Sotong Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 Mac 2015.
  3. ^ Farhana Ab Rahman (14 Mac 2015). Encik Sotong mahu watak wanita Berita Harian. Dicapai pada 14 Mac 2015.

Pautan luar