Siti Zainab

  • Pelakon
  • penari
  • penyanyi
  • ibu suri rumah
Tahun aktif1947–1951PasanganZakaria bin Muhammad Amin (k. 1956; m. 2006)Anak-anak8, termasuk Gamal Abdul Nasir dan Rita Puspa Zakaria

Siti Zainab binti Kimpal (lahir di Sabak Bernam, 31 Disember 1935 – meninggal di Bengkalis, 21 Ogos 2014 pada umur 78 tahun) ialah seorang pelakon, penyanyi, penari, dan ibu suri rumah berkebangsaan Indonesia. Dia dikenali kerana tampil dalam industri perfileman Singapura bersama Kasma Booty dan Siput Sarawak pada tahun 1940-an dan 1950-an, dan berkat kemampuannya dalam memerankan karakter gadis ramah yang mudah tersenyum.

Kehidupan awal

Zainab (kanan) bersama pelakon Kasma Booty (kiri).

Siti Zainab binti Kimpal dilahirkan pada 31 Disember 1935 di Sabak Bernam, Selangor, sebagai anak sulung dan putri pertama daripada tiga anak Kimpal (1911–1993) dan Siti Khadijah (meninggal 1983).[1] Dia mempunyai seorang adik perempuan bernam Hindun (1939–2014) dan seorang adik lelaki bernama Kamaruddin (lahir 1949), ayah dari pengarah agensi Zainudin Kamaruddin.[2] Zainab menamatkan pendidikannya di sekolah awam dan sekolah agama.[1]

Kehidupan peribadi

Zainab bersama keluarga dan sanak saudaranya.

Zainab berkahwin dengan ulama Zakaria bin Muhammad Amin pada tahun 1956, dari perkahwinan ini mereka dikurniakan tujuh orang anak iaitu: Zulkarnain (lahir 1957), Nukman (lahir 1960), Rinie Yuslina Fairuz (1964–2021), Gamal Abdul Nasir (lahir 1965), Rita Puspa Zakaria (lahir 1967), Nida Suryani (lahir 1971), dan Sri Purnama Zakaria (lahir 1973). Perkahwinan mereka berakhir dengan kematian Zakaria pada bulan Januari 2006.

Kematian

Zainab meninggal dunia di kediamannya yang berada di Kelapapati, Bengkalis, pada 21 Ogos 2014 jam 08.00 AM, pada usia 78 tahun.[2] Ia dikebumikan bersama dengan suaminya di Taman Makam Islam Harapan.[2]

Kerjaya

Zainab memulakan kerjayanya dengan menyertai kumpulan drama Dardanella sebagai penghibur.[1]

Pada tahun 1947, beliau memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dan penari dalam rombongan teater Bintang Berlian di Palembang.[1] Beliau juga menyertai kumpulan drama Sri Budaya di Kota Lubuklinggau.[1]

Semasa Pencerobohan Tentera Belanda Pertama, Zainab berpindah ke kota Jambi dan kemudian menyertai kumpulan drama Dian.[1] Dia kemudian berpindah ke Singapura dan memulakan kerjayanya dalam industri perfileman.[1]

Zainab kemudian menandatangani kontrak dengan Shaw Brothers Studio, dia membuat debutnya dalam dunia perfileman dengan membintangi Nasib (1949) dan Nilam (1949).[1] Beliau kemudian membintangi beberapa filem sebagai penyanyi dan penari, antaranya Rachun Dunia (1950), Bakti (1950), Takdir Ilahi (1950), dan Dewi Murni (1950).[1]

Pada tahun 1950, Zainab dan ibu bapanya berpindah ke Palembang.[1] Dia kemudian menyertai kumpulan drama Ratu Asia sebagai penari dan penyanyi, dan kemudian berpindah ke Jakarta.[1]

Zainab membuat penampilan sulung sebagai penyanyi dengan mengeluarkan dua buah lagu berjudul Sayang di Sayang dan Hari Raya, dan berjaya meraih pujian daripada peminat muzik di Jakarta.[1]

Diskografi

  • Sayang di Sayang
  • Hari Raya

Filmografi

Dalam kerjayanya selama empat tahun, Zainab telah berlakon dalam enam filem.[1]

  • Nasib (1949)
  • Nilam (1949)
  • Rachun Dunia (1950)
  • Bakti (1950)
  • Takdir Ilahi (1950)
  • Dewi Murni (1950)

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m Soelin, Emsjaf (1951-6-20). "ZAINAB, Bintang Harapan Panggung Sandiwara dari Ratu Asia". Aneka. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ a b c "Siti Zainab". www.forevermissed.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-01.