Qistina Khaled

Qistina Khaled
StatusSingle
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2020–kini
TelevisyenBukan Kahwin Paksa (2020)
Hati Yang Dikhianati (2021)
Suara Hati (2021)

Qistina Khaled seorang pelakon, model dan penyanyi baru yang mula dikenali orang ramai. Beliau berasal dari Kuala Lumpur dan beragama Islam. Beliau mula bergiat aktif sejak tahun 2020 dengan drama pertama beliaunya ialah Bukan Kahwin Paksa dan beliau terkenal sebagai Mimi dalam drama adaptasi panjang yang bertajuk Hati Yang Dikhianati. Beliau juga berlakon dalam beberapa buah drama yang trending di Astro dan TV3. Antaranya Bila Hati Memilih Dia sebagai Adra dan Suara Hati sebagai Sarah yang menjadi adik kesayangan Syafiq Kyle. Buat pertama kalinya memegang watak utama dalam telemovie berjudul Nombor arahan AlJafree yang akan ditayangkan di RTM tidak lama lagi. Selain itu beliau telah memegang watak Rita dalam drama bersiri Kami Budak Band terbitan Suhan Movies bergandingan dengan Ahmad Ezzrin Loy ditayang kan di TV3. Beliau muncul dalam telemovie arahan Eyra Rahman yang berjudul Dania sebagai watak Sarimah berganding dengan Aedy Ashraf dan Puteri Balqis. Drama bersiri Adik ku Pandai Menari sebanyak 8 episod telah ditayangkan di Awesone TV bergandingan dengan Ahmad Adly, Adam Malek dan Armani Kowachee. Tahun 2023, Drama yang mendapat trending tertinggi saban minggu berjudul Scammer Geng Marhaban ditayangkan di Astro Ria Qistina memegang watak Utama sebagai Fifah/Maya bersama Amir Ahnaf dan Lorenzo. Sejurus selepas tamat penggambaran itu, Qistina dipanggil utk drama adaptasi panjang sekali lagi dalam Bukan Cinta Sempurna memegang watak Diana bersama Ayda Jebat. Kini Qistina sedang dalam penggambaran drama Aku Bukan Ustazah sebanyak 28 episod untuk slot Akasia di TV3 bersama MK K Clique Zahiril Adzim, Erysha Emyra.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Jangan Lupa Aku Cinta Padamu Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Bukan Kahwin Paksa Liz TV3 Drama pertama
2021 Hati Yang Dikhianati Mimi Astro Prima
Suara Hati Sarah
Sepi Itu Pasti TV AlHijrah
2022 Bila Hati Memilih Dia Adwa TV3
The Pak Mat Clan Yana
2023 Adikku Pandai Menari Isya Awesome TV
Kami Budak Band Rita TV3
Scammer Geng Marhaban Maya / Fifah Astro Ria
Bukan Cinta Sempurna Diana
2024 Khunsa Siti (14 tahun)
Ke Kodiang With Love Naziah Astro Gempak
Aku Bukan Ustazah Zaza TV3
Dari Mata Turun Ke Hati Aira Astro Ria
Calar Cinta Inara TV3

Drama web

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2024 Jendela Hati Liza Viu Drama pertama

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Nombor Mina TV1 Telefilem pertama
2022 Dania Sarimah TV3

Diskografi

Single
Tahun Tajuk lagu Catatan
2022 "Benci Benci Tapi Rindu" OST drama The Pak Mat Clan
2023 "150 Juta" Trio - Aidilia Hilda&Bibi Qairina
"Raya Oh Raya"
"Senjaku Rindu"
2024 “Raya Ya Ya Ya” Qistina Khaled,Namie,Aidilia ft Fariq
“Oh Kekanda”

Rujukan