Prinsip Bernoulli
Dalam dinamik bendalir, prinsip Bernoulli menyatakan bahawa kenaikan kelajuan sesuatu bendalir berlaku secara serentak dengan penurunan tekanan mahupun tenaga keupayaan tersebut.[1][2] Prinsip ini dinamakan sempena Daniel Bernoulli yang menerbitkan penemuannya berkaitan prinsip ini dalam bukunya bertajuk Hydrodynamica pada tahun 1738.[3] Ia adalah kesinambungan dari persamaan keselanjaran dengan keadaan dimana:
- kelikatan adalah kosong
- bendalir tidak boleh dimampatkan
Prinsip ini dapat dipakaikan pada pelbagai jenis aliran bendaliran lalu menghasilkan pelbagai jenis persamaan Bernoulli; terdapat pelbagai bentuk persamaan yang berbeza untuk jenis-jenis aliran bendalir yang berbeza sepertimana yang ditunjukkan d bawah.
Mengikut persamaan keselanjaran, kadar isipadu yang mengalir dalam selang masa tertentu adalah malar. Maka kerja yang dilakukan () dalam selang masa itu ialah
dimana
- ialah tekanan bendalir
- ialah luas keratan rentas
- ialah isipadu bendalir yang mengalir dalam selang masa itu
Bagi tenaga kinetik pula
dimana
- ialah ketumpatan bendalir
- adalah laju bendalir
dan tenaga keupayaannya, pula ialah
- adalah ketinggian bendalir
manakala kerja bersamaan dengan hasil tambah tenaga kinetik dan tenaga keupayaan. Maka
Jika disusun persamaan diatas untuk persamaan yang lebih mudah,
maka dapat disimpulkan
Lihat juga
- Mekanik bendalir
Rujukan
Pautan luar
- Kalkulator persamaan Bernoulli
- NASA – Beginner's guide to aerodynamics