Pegawai Waran Udara II
Angkatan Tentera Malaysia | ||
Tentera Darat | Tentera Laut | Tentera Udara |
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera | ||
Fil Marsyal | Laksamana Armada | Marsyal TUDM |
Jeneral | Laksamana | Jeneral TUDM |
Leftenan Jeneral | Laksamana Madya | Leftenan Jeneral TUDM |
Mejar Jeneral | Laksamana Muda | Mejar Jeneral TUDM |
Brigedier Jeneral | Laksamana Pertama | Brigedier Jeneral TUDM |
Kolonel | Kepten | Kolonel TUDM |
Leftenan Kolonel | Komander | Leftenan Kolonel TUDM |
Mejar | Leftenan Komander | Mejar TUDM |
Kapten | Leftenan | Kapten TUDM |
Leftenan | Leftenan Madya | Leftenan TUDM |
Leftenan Muda | Leftenan Muda | Leftenan Muda TUDM |
Pegawai Kadet Kanan | ||
Kadet | ||
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera | ||
Pegawai Waran I | Pegawai Waran I | Pegawai Waran Udara I |
Pegawai Waran II | Pegawai Waran II | Pegawai Waran Udara II |
Staf Sarjan | Bintara Kanan | Flait Sarjan |
Sarjan | Bintara Muda | Sarjan Udara |
Koperal | Laskar Kanan | Koperal Udara |
Lans Koperal | Laskar Kelas I | Laskar Udara Kanan |
Prebet | Laskar Kelas II | Laskar Udara I |
Prebet | Laskar Muda | Laskar Udara II |
Perajurit Muda | Perajurit Muda | Perajurit Muda |
Pegawai Waran Udara II ialah pangkat kedua tertinggi perkhidmatan Lain-Lain Pangkat dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia. Tarafnya di antara Flait Sarjan dan Pegawai Waran Udara I. Ia setaraf dengan Pegawai Waran II dalam Tentera Darat Malaysia dan Pegawai Waran II dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia. Seperti kedudukan pangkat dalam ATM, pangkat Pegawai Waran Udara II juga dikenali sebagai Bintara dan diklasifikasi Pegawai Tidak Tauliah Kanan dalam kelasnya. Kedudukan pangkat beliau sebagai Penyelia Kanan ialah dimana beliau akan bertanggungjawab kepada orang yang diatasnya (Pegawai Bertauliah) dan anggota bawahannya yang terdiri dari Flait Sarjan, Sarjan Udara, Koperal Udara, Laskar Udara Kanan dan Laskar Udara setaraf. Gred Gaji bermula Z 10 (36) RM 3599.00 dan Maksimum RM 7699.00[[1]]
Kelebihan
Didalam perkhidmatan Tentera Udara DiRaja Malaysia, Pegawai Waran Udara II juga boleh dilantik sebagai Pegawai Waran Pangkalan atau Base Warrant Officer/Sergeant Major Regiment. Malah jika berada di unit-unit kecil, Pegawai Waran Udara II juga dilantik sebagai Pegawai Waran Unit/Pegawai Waran Kompeni/Company Warrant Officer ataupun Crew Master/Crew Chief didalam susunan organisasi bebas unit.
Gelaran
Anggota yang berpangkat ini akan dipanggil sebagai "Encik", beliau tidak boleh menerima tabik hormat sebagaimana Pegawai Tauliah. Perlantikan Pegawai Waran dibuat oleh Menteri Pertahanan yang diusulkan oleh Panglima Perkhidmatan dan disokong oleh Pegawai Memerintah Unit. Dengan itu, perlantikan ini bukannya satu tauliah sebagai pegawai di dalam perkhidmatan tentera, tetapi adalah satu waran kuasa untuk memberikan penjawat jawatan kelebihan dan keistimewaan tertentu sebagai Pegawai Waran Udara.
Pangkat setara
Pangkat Pegawai Waran Udara II tiada dalam pangkat LLP RAF dan berkemungkinan setaraf dgn dengan pangkat Chief Technician ataupun Flight Sergeant[[2]] yang kekananan/seniority.
Templat:Lencana pangkat