Pandanus

Pandanus (Pandan)
Pandanus tectorius, pandan laut
Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
(tanpa pangkat):
Angiosperms
(tanpa pangkat):
Monocots
Order:
Pandanales
Keluarga:
Pandanaceae
Genus:
Pandanus
Species

Lihat teks

Lihat juga: Senarai spesies Pandanus
Sinonim
  • Keura Forssk.
  • Athrodactylis J.R.Forst. & G.Forst.
  • Pandanus Rumph. ex L.f. (1782) bukan Parkinson (1773)
  • Dorystigma Gaudich.
  • Eydouxia Gaudich.
  • Fisquetia Gaudich.
  • Foullioya Gaudich.
  • Heterostigma Gaudich.
  • Hombronia Gaudich.
  • Jeanneretia Gaudich.
  • Roussinia Gaudich.
  • Souleyetia Gaudich.
  • Sussea Gaudich.
  • Tuckeya Gaudich.
  • Vinsonia Gaudich.
  • Marquartia Hassk.
  • Hasskarlia Walp. (1849) bukan Meisn. (1840) apa Baill. (1860)
  • Barrotia Gaudich.
  • Bryantia Webb ex Gaudich.
  • Doornia de Vries
  • Rykia de Vriese

Pandanus[1] merupakan genus tumbuhan merangkumi segolongan tumbuhan monokotil dibawah order Pandanales, dalam keluarga Pandanaceae yang turut disebutkan sebagai pandan[2] atau mengkuang. Spesies tumbuhan genus ini hidup bertaburan di kawasan-kawasan tropika dan subtropika Afrika timur, Asia Tenggara serta Australia sampai ke kepulauan Pasifik, terutamanya Madagascar dan Malesia.[3]

Nama genus ini sendirinya menyerap perkataan bahasa Melayu "pandan" merujuk umum kepada jenis pandan wangi atau Pandanus amaryllifolius; spesies yang paling dikenali dari genus ini.[4]

Penerangan

Buah Pandanus repens.

Spesies-spesies dalam genus ini mempunyai ciri sepunya yang sama iaitu batang langsing seiras palma, daun memanjang seakan pedang atau rumput serta akar tunjang yang besar. Daunnya kerap tersusun melingkari batang seakan lilitan membuatkannya disebut screw pine dalam bahasa Inggeris. Ada pula spesies tumbuhan Pandanus ini tumbuh merimbun sehingga menjadi teduhan, contohnya Pandanus furcatus.[5]

Bunganya adalah ringkas, tanpa ranggi (petal), sering berkelompok padat dan hanya terdiri dari satu jantina bagi pokok berbeza. Buah tersusun menjambak atau menandan bulat seiras buah durian atau nanas; terbentuk dari perkembangan ovari beberapa bunga yang berdampingan. Ruang udara di tengah buah membolehkannya terapung untuk dipencarkan oleh air walaupun burung dan kelawar juga penting dalam proses ini.[6]

Bakul anyaman daun pandan dari Filipina.

Terdapat banyak genus Pandanus terpakai selaku bahan makanan, contohnya daun pandan wangi dan buah pandan laut. Daun pandan dan mengkuang juga sering dianyam untuk dibuat tikar dan rumah oleh penduduk tempatan.

Spesies

Spesies terpilih:

  • Pandanus aldabraensis H.St.John
  • Pandanus amaryllifolius Roxb. ex Lindl. : Pandan wangi; pokok pandan yang digunakan dalam masakan.
  • Pandanus atrocarpus : Pandan duri, mengkuang; daunnya dibuat tikar.
  • Pandanus australis Prestoe : Pandan hias
  • Pandanus balfourii Martelli
  • Pandanus baptistii hort. ex Veitch : Pandan putih
  • Pandanus barkleyi Balf.f.
  • Pandanus boninensis Warb.
  • Pandanus candelabrum P.Beauv.
  • Pandanus carmichaelii R.E.Vaughan & Wiehe
  • Pandanus ceylanicus Solms
  • Pandanus christmatensis Martelli
  • Pandanus clandestinus Stone
  • Pandanus conglomeratus Balf.f.
  • Pandanus conoideus Lam. : (Pandan) buah merah
  • Pandanus decastigma B.C.Stone
  • Pandanus decipiens Martelli
  • Pandanus decumbens Solms
  • Pandanus drupaceus Thouars
  • Pandanus elatus Ridl.
  • Pandanus eydouxia Balf.f.
  • Pandanus fanningensis H.St.John
  • Pandanus forsteri C.Moore & F.Muell.
  • Pandanus furcatus Roxb. : (Pandan) lais
  • Pandanus gabonensis Huynh
  • Pandanus glaucocephalus R.E.Vaughan & Wiehe
  • Pandanus halleorum B.C.Stone
  • Pandanus helicopus Kurz ex Miq. : (Pandan) rasau-rasau
  • Pandanus heterocarpus Balf.f.
  • Pandanus houlletii Carrière : Pandan hutan
  • Pandanus iceryi Horne ex Balf.f.
  • Pandanus incertus R.E.Vaughan & Wiehe
  • Pandanus joskei Horne ex Balf.f.
  • Pandanus julianettii Martelli : Karuka
  • Pandanus kaida Kurz
  • Pandanus livingstonianus Rendle
  • Pandanus microcarpus Balf.f.
  • Pandanus montanus Bory
  • Pandanus multispicatus Balf.f.
  • Pandanus odorifer (Forssk.) Kuntze
  • Pandanus ornatus Kurz : Pandan tikus, sendayan masin
  • Pandanus palustris Thouars
  • Pandanus parvicentralis Huynh
  • Pandanus prostratus Balf.f.
  • Pandanus pygmaeus Hook., Thouars : Pandan kuning, pandan Afrika
  • Pandanus pyramidalis Barkly ex Balf.f.
  • Pandanus rigidifolius R.E.Vaughan & Wiehe
  • Pandanus sechellarum Balf.f.
  • Pandanus spathulatus Martelli
  • Pandanus spiralis R.Br. : Mengkuang Australia
  • Pandanus tectorius Parkinson ex Du Roi : Pandan laut, pandan podak
  • Pandanus tenuifolius Balf f.
  • Pandanus teuszii Warb.
  • Pandanus thomensis Henriq.
  • Pandanus tonkinensis B.C.Stone
  • Pandanus utilis Bory : Pandan melitir
  • Pandanus vandermeeschii Balf.f.
  • Pandanus verecundus Stone

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Aru Prihardhyanto Keim (2007) "300 Tahun Linnaeus : Pandanaceae, Linnaeus dan Koneksi Swedia" Berita Biologi vol 8 no 4
  2. ^ "pandan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Warren L. Wagner, Derral R. Herbst, and S. H. Sohmer. Manual of the Flowering Plants of Hawaiʻi. 2 Vols. University of Hawaii Press. 1990. ISBN 0-8248-1152-6.
  4. ^ Christenhusz, Maarten J. M.; Fay, Michael F.; Chase, Mark W. (2017). Plants of the World: An Illustrated Encyclopedia of Vascular Plants (dalam bahasa Inggeris). University of Chicago Press. m/s. 140. ISBN 978-0-226-52292-0.
  5. ^ Harold St. John (1968). "Revision of the genus Pandanus Stickman, part 29. New Papuan species in the section Microstigma collected by C. E. Carr" (PDF). Pacific Science. 22 (4): 514–519. hdl:10125/12577.
  6. ^ Pandanus | Description, Plant, Uses, Fruit, & Facts | Britannica