Nama-nama Jepun

Istilah Jepun ialah sebuah eksonim, dan digunakan (dalam satu bentuk atau yang lain) oleh sejumlah besar bahasa. Nama-nama Jepun untuk Jepun ialah Nippon (にっぽんcode: ja is deprecated Mengenai audio inidengar (bantuan·maklumat)) dan Nihon (にほんcode: ha is deprecated Mengenai audio inidengar (bantuan·maklumat)). Keduanya ditulis dalam bahasa Jepun menggunakan kanji 日本code: ja is deprecated .

Sejarah

Cipangu (disebut sebagai ixola de cimpagu di kiri-tengah) pada peta Fra Mauro tahun 1453, penggambaran Barat pertama yang diketahui mengenai pulau ini.

Baik Nippon dan Nihon secara harfiah bermaksud "asal-usul matahari", iaitu di mana matahari berasal,[1] dan sering diterjemahkan sebagai Negara Matahari Terbit. Sebutan nama ini berasal dari koresponden Empayar dengan Dinasti Sui Cina dan mengacu pada kedudukan Jepun yang relatif di timur China. Sebelum Nihon muncul dalam penggunaan rasmi, Jepun dikenali sebagai Wa (code: ja is deprecated ) atau Wakoku (倭国code: ja is deprecated ).[2] Wa ialah sebuah nama yang digunakan China pada zamam dahulu untuk menyebut kumpulan etnik yang hidup di Jepun semasa Zaman Tiga Negara.

Meskipun asal-usul etimologi "Wa" masih tidak jelas, butiran sejarah China mencatatkan orang-orang kuno yang tinggal di kepulauan Jepun (mungkin Kyūshū), diberi nama sesuatu seperti *ˀWâ or *ˀWər code: zh is deprecated . Cadangan umum pemerhatian Carr (1992: 9-10) untuk etimologi Wa bermula dari yang pantas (mentranskripsi kata ganti orang pertama bahasa Jepun waga 我がcode: ja is deprecated "milik saya; kami/kita" dan ware code: ja is deprecated "Saya; diri sendiri; engkau"), hingga mempermalukan (bahasa Jepang tertulis Wa sebagai code: zh is deprecated bermaksud "katai"), dan merangkumi interpretasi untuk "bahasa Jepun" *ˀWâ dalam variasi pada dua etimologi: "berperilaku 'patuh/penurut' atau 'pendek' secara fizikal." Penjelasan "patuh/penurut" pertama bermula pada kamus Shuowen Jiezi (121 M). Kamus ini mendefinisikan code: zh is deprecated sebagai shùnmào 順皃code: zh is deprecated "paras patuh/penurut/taat", secara jelas menjelaskan radikal "orang, manusia" code: zh is deprecated dengan fonetik "firasat" wěi code: zh is deprecated , dan mengutip puisi Shijing yang lebih awal. "Dapat dibayangkan, ketika orang China pertama kali bertemu orang Jepum," Carr (1992:9) menyatakan "mereka mentranskripsikan Wa sebagai *ˀWâ 'memfirasat kembali' menandakan 'kepatuhan' menghormati. Firasat tercatat dalam rujukan sejarah awal untuk Jepun."

Catatan

  1. ^ Nussbaum, Louis Frédéric et al. (2005). "Nihon" in [ Japan encyclopedia, p. 707.], m/s. 707, di Buku Google; n.b., Louis-Frédéric is pseudonym of Louis-Frédéric Nussbaum, see Deutsche Nationalbibliothek Authority File Diarkibkan 24 Mei 2012 di archive.today.
  2. ^ Joan, R. Piggott (1997). The emergence of Japanese kingship (dalam bahasa Inggeris). Stanford University Press. m/s. 143–144. ISBN 0-8047-2832-1.

Rujukan

  • Doi, Tadao (1980) [1603]. Hōyaku Nippo Jisho (dalam bahasa Jepun). Tōkyō: Iwanami Shoten. ISBN 4-00-080021-3.
  • Nussbaum, Louis Frédéric; Käthe Roth (2005). Japan Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Cambridge: Harvard University Press. ISBN 978-0-674-01753-5; OCLC 48943301