Mukim Abi
Mukim Abi merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Perlis.
Perlis dibahagikan kepada beberapa buah mukim dan setiap mukim dibahagikan kepada beberapa buah kampung dan pekan.[1]
Pentadbiran
Mukim Abi merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis. Mukim Abi terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Mukim Abi mempunyai keluasan 5.25 kilometer persegi. Mukim Abi juga merupakan mukim kedua terkecil di Perlis selepas mukim Sungai Adam.[2]
Geografi
Mukim Abi bersempadan dengan mukim Beseri dan Paya di utara, mukim Kechor di timur dan selatan serta mukim Kurong Batang di barat[2].
Demografi
Jumlah penduduk di mukim Abi ialah 2,084 orang[3] menurut Bancian Malaysia 2010 dengan kepadatan penduduk 397 orang perkilometer persegi dan dikategorikan sebagai taburan penduduk padat[4]. Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu 99% dari jumlah penduduk[3]. Hanya 33 orang sahaja penduduk yang bukan berbangsa Melayu[4][3]. Terdapat sebanyak 528 isi rumah dengan 595 tempat kediaman[4].
Kategori | Kaum | Bilangan |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Melayu | 2,051 |
Cina | 20 | |
Lain-lain | 1 | |
Bukan warganegara | - | 12 |
Kumpulan umur | Bilangan |
---|---|
70 tahun ke atas | 156 |
60-69 tahun | 198 |
50-59 tahun | 245 |
40-49 tahun | 236 |
30-39 tahun | 247 |
20-29 tahun | 296 |
10-19 tahun | 388 |
0-9 tahun | 318 |
Jantina | Bilangan |
---|---|
Lelaki | 1,039 |
Perempuan | 1,045 |
Rujukan
- ^ http://www.mygeoportal.gov.my/sites/default/files/dokumen_upi/KOD%20DAN%20NAMA%20SEMPADAN%20PENTADBIRAN%20TANAH_PERLIS.pdf
- ^ a b https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/
- ^ a b c https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/produk-banci/penerbitan/banci-2010/682-taburan-penduduk-mengikut-kawasan-pihak-berkuasa-tempatan-dan-mukim-2010
- ^ a b c https://www.citypopulation.de/en/malaysia/mukim/admin/perlis/090101__abi/