Mohd Nizar Najib
Yang Berhormat Dato' Nizar Najib DSAP (Pahang) | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 2 Disember 2022 | |
Menteri Besar | Wan Rosdy Wan Ismail |
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Peramu Jaya | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 29 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Sh Mohmed Puzi Sh Ali |
Majoriti | 7,823 (PRU-15) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mohd Nizar bin Mohammad Najib (1978-05-11) 11 Mei 1978 (umur 46) |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Datin Nur Sharmila Shaheen |
Anak-anak | 5 |
Ibu | Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar |
Bapa | Najib Razak |
Alma mater | Universiti Nottingham |
Pekerjaan | Ahli Perniagaan |
YB Dato' Mohd Nizar bin Dato' Sri Mohammad Najib (lahir 11 Mei 1978)[1] ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai EXCO Pahang dan ADUN Peramu Jaya. Di peringkat parti beliau ialah Ketua Pemuda UMNO Pekan.
Biodata Peribadi
Beliau bekerja sebagai perunding serta akauntan dan menetap di Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Isteri beliau bernama Nur Sharmila Shaheen dan dikurniakan lima orang anak. Mereka berkahwin pada 2004. Anak pertama Mohd Nabil adalah cicit pertama Tun Abdul Razak. Ibu mentua Nizar ialah Datuk Maznah Hamid dan bapa mentua, Shaheen Mirza.[2]
Politik
Beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO cawangan Jalan Daud, Zon Kampung Baru dalam Bahagian Titiwangsa.[3]
Kini beliau adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan sejak 2018.[4]
Anugerah
- Pahang :
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Dato' (2016)[5]
Lihat juga
Nota kaki
- ^ Anak-anak yakin Najib mampu berkhidmat cemerlang.
- ^ [1][pautan mati kekal], "Najib Menimbang Cucu Pertama", Bernama Online, 23 September, 2006.
- ^ [2] Diarkibkan 2008-10-21 di Wayback Machine, "Nizar Najib nak kenali UMNO dari bawah", Agenda Daily, 29 Oktober 2006.
- ^ Anak Najib menang Ketua Pemuda Pekan
- ^ Semakan Penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang
Rencana berkenaan ahli politik di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s