Mac 2008

Mac 2008 ialah bulan ketiga untuk tahun lompat. Ia bermula pada hari Sabtu dan berakhir selepas 31 hari pada hari Isnin.

Portal:Hal semasa

Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.

Ma Ying-jeou
Ma Ying-jeou
Dmitry Medvedev
Dmitry Medvedev
  • 29 Mac - Lampu tanda tempat di bandar-bandar di seluruh dunia ditutup sebagai sebahagian Earth Hour.
  • 24 Mac - Druk Phuensum Tshogpa memenangi pilihan raya pertama Bhutan.
  • 22 Mac - Ma Ying-jeou (gambar) dilantik sebagai Presiden Republik China (Taiwan).
  • 19 Mac - Yves Leterme dilantik sebagai Perdana Menteri Belgium, sembilan bulan selepas pilihan raya umum dilangsungkan.
  • 14 Mac - Bantahan di Tibet terhadap kerajaan China menyebabkan banyak kematian.
  • 8 Mac - Barisan Nasional cuma mendapat majoriti mudah dalam Parlimen dan kehilangan 4 negeri dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12.
  • 2 Mac - Dmitry Medvedev (gambar) dilantik menggantikan Vladimir Putin sebagai Presiden Rusia.