M. Sani
M. Sani | |
---|---|
Nama lahir | Md. Sani bin Abu Yamin |
Kelahiran | 1952 (1952) Kuala Lumpur, Malaysia |
Meninggal dunia | 10 Januari 2022(2022-01-10) (umur 69–70) Hospital Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1970-an |
Syarikat rakaman | EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. |
Pengkarya berkait | Sharifah Aini |
M. Sani (dilahirkan sebagai Md. Sani bin Abu Yamin, 1952 – 10 Januari 2022) merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga merupakan bekas "Juara Bintang RTM 1971" dan menerima hadiah wang sebanyak $1000 di samping pingat dan piala pusingan. Beliau kemudiannya mendapat peluang untuk merakamkan album bersama syarikat rakaman EMI. Antara album beliau ialah Kerna Senyum Ku Terpikat (1974) selain beberapa album EP seperti Rindu Hati Ku Tidak Terkira dan Sedangkan Lidah Lagi Tergigit.[1]
Kes mahkamah
Genap 30 tahun selepas memenangi pertandingan tersebut, beliau tidak lagi menyanyi dan sibuk menguruskan gerai makanan. Pada ketika itu, orang ramai telah dikejutkan dengan kes mahkamah mengenai beliau atas tuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 11 tahun. Tarikh kejadian rogol itu adalah pada 26 September 2001. Setelah dibicarakan pada tahun 2005, mahkamah mendapati bahawa beliau bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 19 tahun.[1]
Kematian
Beliau meninggal dunia pada 10 Januari 2022 di Hospital Kuala Lumpur.[2] Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa.
Diskografi
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Anda digalakkan untuk menambahnya.
Album Studio
Album EP
- Rindu Hati Ku Tidak Terkira
- Hidup Hanya Sementara
- Hujan Malam
Album Duet
- Sedangkan Lidah Lagi Tergigit (berduet bersama Sharifah Aini)
Rujukan
- ^ a b "Bintang RTM - Sani Abu Yamin (1971)". 28 September 2012. Dicapai pada 7 Disember 2012.
- ^ Fatin Farhan Ariffin (11 Januari 2022). "M Sani meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 11 Januari 2022.
Rencana mengenai penyanyi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s