Kucing Amur

Kucing Amur
Pengelasan saintifik
Alam:
Animalia
Filum:
Chordata
Kelas:
Mammalia
Order:
Carnivora
Keluarga:
Felidae
Genus:
Prionailurus
Spesies:
P. bengalensis
Subspesies:
P. b. euptilurus
Nama trinomial
Prionailurus bengalensis euptilurus
(Elliott, 1871)

Kucing Amur atau Kucing Tsushima (Prionailurus bengalensis euptilurus) adalah subspesis daripada Kucing Batu yang dijumpai di kawasan Asia Timur

Ciri-ciri

Tidak seperti Kucing Batu lain, Kucing Amur adalah antara Kucing Batu yang terbesar dalam kalangan subspesisnya. Ia mempunyai bulu badan yang lebih tebal. Warna pada bulunya kelihatan kemerahan dan kelabu berbanding Kucing Batu yang lain. Selain itu, ia juga memiliki kaki yang lebih panjang, kepala yang lebih kecil, bulu ekor yang lebih tebal serta tulang dan binaaan otot yang lebih besar.

Taburan & Habitat

Kucing Amur mendapat namanya berdasarkan habitatnya di lembah Sungai Amur, Rusia. Walau bagaimanapun, sebenarnya subspesis ini juga boleh ditemui di sepanjang sempadan Rusia dan China, Manchuria serta Semenanjung Korea.)[1] Malah, ia juga boleh didapati di Pulau Tsushima, sebahagian daripada wilayah Jepun.[2] Oleh itu, di Jepun, ia digelar sebagai Kucing Tsushima.

Ekologi & Kelakuan

Kucing Amur menjadikan kawasan gunung dan hutan sebagai habitat semulajadinya. Ia boleh ditemui di dalam kawasan semak.

Diet

Haiwan ini menjadikan tikus, tupai, burung, arnab liar dan anak haiwan lain sebagai makanan.

Rujukan

  1. ^ Ellerman, J. R., Morrison-Scott, T. C. S. (1966). Checklist of Palaearctic and Indian mammals 1758 to 1946. Second edition. British Museum of Natural History, London. Pp. 312–313
  2. ^ Tamada, T., Siriaroonrat, B., Subramaniam, V., Hamachi, M., Lin, L.-K., Oshida, T., Rerkamnuaychoke, W., Masuda, R. (2006). "Molecular Diversity and Phylogeography of the Asian Leopard Cat, Felis bengalensis, Inferred from Mitochondrial and Y-Chromosomal DNA Sequences" (PDF). Zoological science. 25: 154–163. doi:10.2108/zsj.25.154. PMID 18533746.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan Luar

  • Amur Leopard Cat
  • Tsushima Leopard Cat
  • Tsushima Leopard Cat Tsushima Wildlife Conservation Center