Khatijah Khodri
Jah Mahadi | |
---|---|
Kelahiran | Khadijah binti Hodri 1938 Malaysia |
Meninggal dunia | 31 Mei 2001(2001-05-31) (umur 62–63) Tampoi, Johor Bahru, Malaysia |
Sebab kematian | Sakit kencing manis dan darah tinggi |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1959–1970 |
Terkenal kerana | Filem Madu Tiga |
Pasangan | Haji Mahadi |
Jah Mahadi (Jawi: جه مهاديcode: ms is deprecated ) atau nama sebenarnya Khadijah Hodri, merupakan seorang pelakon filem Melayu, terkenal bagi peranannya sebagai isteri kedua P. Ramlee dalam filem Madu Tiga.[1] Dalam filem ini, babak pergaduhannya dengan madunya (isteri pertama), lakonan Zaharah Agus masih diingati.[2] Dalam filem ini juga, Saloma menyanyi lagu cover "Keindahan Bintang Malam" yang asalnya dinyanyikan oleh Zaharah Agus. Dalam filem ini, lagu itu disingkatkan sebagai Bintang Malam. Lagu "Mat Lodeh" yang dipopularkan oleh Anita Sarawak juga pada asalnya dipersembahkan oleh Zaharah Agus. Versi cover oleh Anita pada tahun 1970-an dilakukan dengan lirik lain.
Jah Mahadi bersara terus dari dunia seni sebaik sahaja berakhirnya kegemilangan Studio Jalan Ampas. Ketika banyak pelakon pindah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan aktiviti lakonan, Allahyarham mengikut suami, pengarah Haji Mahadi ke Johor Bahru.
Beliau dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Aminah, Johor Bahru pada 28 April dan keluar pada 11 Mei 2001. Keadaannya tenat dan mulai tidak boleh bercakap sejak seminggu, sebelum meninggal pada 31 Mei 2001. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru berdekatan pusara ibu dan bapanya.
Filemografi
Filem
Tahun | Judul | Watak | Nota |
---|---|---|---|
1959 | Musang Berjanggut | Bunga Kemuning | |
Jula Juli Bintang Tiga | Bintang Enam | ||
1962 | Jula Juli Bintang 7 | Bintang Enam | |
1964 | Madu Tiga | "Hasnah" isteri kedua | |
1965 | Pusaka Pontianak | Hamidah | |
1969 | Keranda Berdarah | Wanita misteri | |
1970 | Puaka |
Rujukan
- ^ Mohd Ramzi Sanny (1 Jun 2001). "Jah Mahadi meninggal". Harian Metro. New Straits Times Press.
- ^ "Pelakon Jah Mahadi meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 2018-10-14.
Pautan luar
- Khatijah Khodri di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)