Khanom Tokyo
Khanom Tokyo | |
---|---|
Jenis | Makanan ringan, lauk |
Tempat asal | Thailand |
Kawasan/rantau | Asia Tenggara |
Dicipta oleh | Orang Thai |
Bahan utama | Telur, tepung gandum, gula, susu segar, dan soda penaik |
sunting · sunting di Wikidata |
Khanom Tokyo atau Khanom Tokiao (Bahasa Thai: ขนมโตเกียวcode: th is deprecated , RTGS: khanom tokiao, disebut [kʰā.nǒm tōː.kīa̯w]) ialah makanan ringan jalanan Thai. Ia adalah lenmpeng rata nipis yang diisi dengan krim kastard manis. Beberapa jenisnya mempunyai rasa savuri, seperti toping daging babi atau sosej.
Sejarah
Makanan ringan itu dipercayai dijual buat pertama kalinya pada tahun 1967 di sebuah gedung membeli-belah Jepun di Bangkok, bernama Thai-Daimaru (タイ大丸), dan dikatakan sebagai penyesuaian Thailand daripada dorayaki Jepun.[1][2]
Makanan ringan ini boleh berasa manis atau savuri. Dalam bahasa Thai, khanom bermaksud "makanan ringan" atau "manis". Nama Tokyo diambil sempena ibu negara Jepun. Walaupun nama makanan ringan ini mencadangkan asal-usul Jepun, pada hakikatnya ini adalah hasil ciptaan Thailand.[1]
Bahan
Adunan dibuat daripada telur, tepung gandum, gula, susu segar, soda penaik. Isinya biasanya manis: krim vanila, keladi, krim pandan, pelbagai jem buah, kelapa parut, serbuk koko dll. Selalunya terdapat juga jenis savuri yang intinya dicampurkan dengan telur puyuh atau sosej kecil.[3]
Rujukan
- ^ a b Taey Ch (2017-09-26). "ประวัติ 7 อาหารไทยชื่อต่างประเทศ ชื่อนี้มาจากไหน??". Mango Zero (dalam bahasa Thai). Bangkok: The Zero Publishing. Dicapai pada 2017-11-13.
- ^ Sereemongkonpol, Pornchai (2016-03-04). "Throw out the cookbook". Guru. Bangkok Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2016-07-10.
- ^ ศรีโช, สิทธิโชค (September 2016). "ไทยแลนด์โอนลี่ 8 อาหารญี่ปุ่นเหล่านี้มีเฉพาะเมืองไทย!". SPECIAL SCOOP. HEALTH & CUISINE ปีที่ 16 (dalam bahasa Thai). Jil. 188. m/s. 32.
Pautan luar
- Media berkenaan Khanom Tokyo di Wikimedia Commons
Templat:Pancakes