Ketua kampung
Ketua kampung atau ketua kampong (Jawi: كتوا كامڤوڠcode: ms is deprecated ) ialah pemimpin masyarakat di kampung ataupun di sebuah bandar kecil.[1]
Penggunaan
Brunei
Di Brunei, ia merupakan jawatan pentadbiran yang membawa masyarakat daripada bahagian pentadbiran kampung, ketiga dan terendah subbahagian negara.
Malaysia
Umumnya di Malaysia lebih banyak menggunakan perkataan "ketua kampung" kecuali perkampungan orang Asli yang dipanggil "batin". Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diketuai oleh seorang ketua kampung dan dibantu oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. Di rumah panjang tradisional di negeri Sarawak, pemegang jawatan ini dipanggil sebagai "Tuai Rumah". Setiap satu buah rumah panjang di Sarawak, mesti mempunyai seorang yang memegang jawatan sebagai tuai rumah.[2]
Indonesia
Di Indonesia, disebut sebagai 'Kepala Desa".
Lihat juga
- Kapitan Cina
- Penghulu