Kementerian Dalam Negeri Gaza
Intisari agensi | |
---|---|
Bidang kuasa | Genting Gaza |
Ibu pejabat | Bandar Gaza |
Eksekutif Agensi |
|
Agensi induk | Pemerintahan Hamas |
Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara Palestin di Gaza ialah sebuah pejabat yang ditubuhkan pada Jun 2007, susulan pertelingkahan Fatah-Hamas di Gaza dan pemisahan antara kabinet Palestin di Genting Gaza dengan Tebing Barat. Pejabat ini bertanggungjawab ke atas keselamatan dan perangkaan rakyat di Genting Gaza.
Menteri Dalam Negeri pemerintahan Hamas di Genting Gaza pertama ialah Said Seyam, yang menjadi sebahagian daripada pemerintahan Hamas pada 2007. Selepas Said Seyam dibunuh pada Januari 2009, semasa perang di Gaza, Fathi Hamad dilantik menggantikan beliau pada April 2009.[1]
Orang penting
Menteri Dalam Negeri (Genting Gaza)
# | Nama | Parti | Tempoh menjawat | Catatan |
---|---|---|---|---|
1 | Said Seyam | Hamas | 2007 – 2009 | Sebahagian daripada kabinet Ismail Haniyeh, yang mula mengawal Genting Gaza secara de facto sejak Jun 2007. |
2 | Fathi Hamad | Hamas | 2009 – |
Individu penting lain
- Iyad al-Buzom, Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Gaza[2]
Rujukan
Pautan luar
- Laman web kementerian (Genting Gaza)
- l
- b
- s