Kampung Kiulap
Lokasi di Brunei
(2016)[1]
BE1518
Kampung Kiulap ialah sebuah kampung dalam Mukim Gadong 'B' di Daerah Brunei-Muara, Brunei. Ia juga merupakan salah satu kawasan dalam ibu negara Bandar Seri Begawan.[2][3] Kampung Kiulap mempunyai keluasan 176.53 hektar (436.2 ekar). Ia merangkumi petempatan kampung asal Kiulap dengan jumlah penduduk seramai 1,788 orang.[4] Kampung Kiulap juga merangkumi kawasan komersial Kiulap iaitu salah satu kawasan komersial utama di Bandar Seri Begawan. Poskod bagi Kampung Kiulap ialah BE1518.[5][6]
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, hospital umum utama di Brunei, terletak di Kampung Kiulap.
Lihat juga
- Kampung Kiarong
- Senarai kampung di Brunei
Rujukan
- ^ "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 21 Jun 2021.
- ^ "BANDAR SERI BEGAWAN MUNICIPAL BOARD (BOUNDARIES OF MUNICIPAL BOARD AREA) DECLARATION, 2008" (PDF). www.agc.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). 12 April 2008. Dicapai pada 3 Oktober 2018.
- ^ Zaini, Za'im; K, Sonia (23 Julai 2007). "Brunei capital to become nearly ten times bigger". bn.china-embassy.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Oktober 2018.
- ^ Pengiran Md. Noor, Pengiran Fatimah; Md. Zain, Norliah (1 Ogos 2015). "Bedudun ke Kampung Kiulap, RPN Lambak Kanan". Pelita Brunei. Dicapai pada 7 Julai 2018.
- ^ "postcodes". post.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Julai 2018.
- ^ "Kampong Kiulap, Gadong, Brunei Muara: BE1518". brn.postcodebase.com. Dicapai pada 7 Julai 2018.