Kalong Kenangan

Kalong Kenangan
PengarahHussein Haniff
PenulisHussein Haniff
Lakon layarHussein Haniff
DibintangiGhazali Sumantri
Latifah Omar
Haji Arshad
Tony Kassim
SinematografiHitam Putih
Diedarkan olehCathay-Keris Film Productions
Tarikh tayangan
1964
Masa tayangan
110 Minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Kalong Kenangan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1964. Filem Kalong Kenangan diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah

Filem Kalong Kenangan diarah oleh pengarah Husain Haniff pada 1964.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan Malik yang mempunyai perasaan terhadap Tengku Mawar meminta ayah dan ibunya untuk masuk meminang. Tetapi ayahnya tidak bersetuju kerana yakin pasti baginda Raja akan menolak pinangan itu. Baginda raja mempunyai dua orang anak iaitu Tengku Mawar dan Tengku Iskandar.

Pada masa yang sama Tengku Mawar selalu berasa dirinya dipukau dan terbayang lelaki yang tidak dikenali masuk ke biliknya setiap malam. Suatu hari, Tengku Mawar telah jatuh sakit. Tok Bomoh yang memeriksanya mendapati Tengku Mawar telah mengandung tiga bulan.

Sebelum kemangkatan baginda Raja, beliau sempat meminta Datuk Bendahara untuk membuang anak Tengku Mawar sejurus selepas dia bersalin nanti. Datuk Bendahara dengan perasaan berat hati telah menghanyutkan anak itu ke dalam perahu.

Di suatu kampung yang lain, Pak Imam telah menjumpai seorang bayi yang telah hanyut di dalam perahu. Pak Imam telah menyerahkan bayi tersebut di bawah jagaan Long dan Utih. Pasangan suami isteri itu telah menamakan bayi itu sebagai Rabu. Setelah Rabu mengetahui yang dia cuma anak angkat sahaja, Rabu telah mengembara untuk mencari asal usulnya.

Pelakon

Pelakon Utama

  • Ghazali Sumantri sebagai Rabu
  • Latifah Omar sebagai Tengku Mawar
  • Haji Arshad sebagai Malik

Pelakon Pembantu

  • Tony Kassim sebagai Tengku Iskandar
  • Ahmad Sabri sebagai Long
  • Umi Kalthum sebagai Utih
  • Dollah Sarawak sebagai Raja
  • Yem Ibrahim sebagai Datuk Bendahara (Ayah Malik)
  • Siti Tanjung Perak sebagai Ibu Malik
  • Rahman Ali sebagai Munah (Dayang Istana)
  • Udo Omar sebagai Pak Imam
  • Salleh Melan sebagai Tok Bomoh
  • Ahmad Othman sebagai Awang

Lihat juga

Pautan luar

  • http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Kalung_Kenangan_414[pautan mati kekal]