Jihaa Sham
Jihaa Sham | |
---|---|
Kelahiran | Nur Fatin Najihah binti Noor Hisham (1999-12-30) 30 Disember 1999 (umur 24) Skudai, Johor, Malaysia |
Nama lain | Jiha Sham |
Tahun aktif | 2020–kini |
Terkenal kerana | Sepi Tanpa Cinta (2022) |
Nur Fatin Najihah Noor Hisham (lahir 30 Disember 1999) atau lebih dikenali sebagai Jiha Sham ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau ialah bekas peserta Ratu Hijabista dan mula dikenali menerusi watak Sue lakonannya dalam Sepi Tanpa Cinta (2022)
Kehidupan Peribadi & Kerjaya
Pada awal kariernya dan sebaik saja tamat pertandingan "Ratu Hijabista" 2020, Jiha telah dilamar untuk menjadi artis naungan SND Soul Entertainment yang diasaskan oleh Siti Nordiana dan dari situlah permulaan kerjayanya sebagai seorang pelakon. Kini, setelah tamat kontrak bersama SND Soul Entertainment, Jiha telah bergerak secara solo sebagai seorang pelakon dan pempengaruh hijab di laman sosial.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2025 | Game Of Life | Filem pertama, Pra-produksi | |
TBA | Ice Show | Dalam perancangan |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Sepi Tanpa Cinta | Sue | Sooka | Drama pertama |
Di Sebalik Dia | Reen | Awesome TV | ||
Aku Tanpa Cintamu | Lydia | TV3 | ||
Mungkar | Ajwa | TV AlHijrah | ||
Aku Seorang Perempuan | Maya | TV9 | ||
2023 | Kerasnya Takdir | Asma | TV3 | |
Tanah Kubur (Musim 16) | Mira | Astro Oasis | Episod: "Penyondol" | |
Tua Separuh Muda | Manisya | TV Okey | ||
2023–2024 | Beautiful Love Revenge | Aina | Astro Ria | |
2024 | Dua Darjat | Rafidah (muda) | TV3 |
Teater
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2022 | Hentian Sebelah | Maryam |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Heist Dil-Fitri | Aisha | Astro Ria | Telefilem pertama |
2024 | Mati Hidup Balik | Ida | ||
Awak Terlalu Ganu Untuk Saya | Farah | Astro Warna |
Pautan luar
- Jihaa Sham di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Jihaa Sham di Instagram