Grehaun Poland

Grehaun Poland
Seekor grehaun Poland jantan
Nama lainGreyhound Poland
Anjing pemburu penglihatan Poland
Negara asalPoland
Trait
Berat 60–70 paun (27–32 kg)
Tinggi 27–32 inci (69–81 cm)
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Grehaun Poland atau greyhound Poland[a] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan Poland. Ia bukan kerabat dekat bagi grehaun Inggeris.[1][2][3]

Sejarah

Catatan pertama untuk kewujudan grehaun di Poland berasal dari zaman Gallus Anonymus. Grehaun Poland juga telah dirujuk dalam kesusasteraan dan karya seni perburuan sejak abad ke-13.[4][5] Grehaun Poland, yang dianggap mempunyai leluhur sama dengan hortaya borzaya dan borzoi, pada asalnya dibiakbakakan untuk memburu jaguh rumput dan serigala.[6] Grehaun Poland dianggap sebagai anjing kegemaran kebangsawanan Poland.[7]

Impak Perang Dunia Kedua di Poland menyebabkan pengurangan bilangan grehaun Poland.[8] Pada tahun 1970-an, sekumpulan penggemar, yang dipimpin oleh Stanisław Czerniakowski, berusaha untuk menghidupkan baka ini semula dan mengasaskan buku pembaka pada tahun 1981.[perlu rujukan] Pada tahun 1989, baka ini dimasukkan ke dalam daftar Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI).[perlu rujukan]

Penampilan

Seperti banyak anjing pemburu penglihatan, grehaun Poland mempunyai tungkai panjang dan binaan langsing dan berotot. Warna bulu berbeza-beza sesama anjing baka ini dengan warna paling lazim yang merupakan hitam, sawo matang, biru, dan kuning air.[perlu rujukan] Ia berlapis bulu ganda dengan lapis bulu bawah kasar yang menebal pada musim sejuk untuk menyediakan penebatan.[perlu rujukan] Ekor grehaun Poland adalah panjang dan berbentuk sabit, melengkung ke atas pada hujungnya.[9] Pada purata, jantan cenderung untuk berketinggian 27–32 inci (69–81 cm), manakala betina pula setinggi 26–30 inci (66–76 cm).[5][10] Purata berat grehaun Poland ialah 60–70 lb (27–32 kg).[perlu rujukan]

Perangai

Seekor grehaun Poland kelabu dan putih

Sebagai anjing yang bersikap pelindung dan teritorial, ia cenderung untuk menjadi penyayang dengan pemiliknya tetapi menyendiri di sekeliling orang asing.[11]

Lihat juga

  • Senarai baka anjing

Catatan

  1. ^ Jawi: ݢريهاءون ڤولندcode: ms is deprecated ; Poland: chart polskicode: pl is deprecated , sebutan Poland: [xart ˈpɔlsʲci]; bahasa Inggeris: Polish greyhound; chart polskicode: en is deprecated , [xart ˈpɔlskʲi]

Rujukan

  1. ^ Fogle, Bruce (17 Oktober 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 130. ISBN 9781409350026. OCLC 859155647.
  2. ^ Mehus-Roe, Kristin (4 Oktober 2011). The Original Dog Bible: The Definitive Source for All Things Dog [Kitab Anjing Asli: Sumber Muktamad untuk Semua Hal Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Irvine, California, Amerika Syarikat: BowTie Press. ISBN 9781935484899. OCLC 759807401.
  3. ^ "Dia 1" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 April 2014. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  4. ^ Biologia (dalam bahasa Poland). Multimedialna encyklopedia PWN Edycja 2.0. pwn.pl Sp. z o.o., 2008. ISBN 978-83-61492-24-5.
  5. ^ a b Mehus-Roe, Kristin (4 Oktober 2011). The Original Dog Bible: The Definitive Source for All Things Dog [Kitab Anjing Asli: Sumber Muktamad untuk Semua Hal Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Irvine, California, Amerika Syarikat: BowTie Press. m/s. 562. ISBN 9781935484899. OCLC 759807401.
  6. ^ Dennis-Bryan, Kim (17 Mac 2020). The Complete Dog Breed Book [Buku Baka Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 131. ISBN 9780744022346. OCLC 1317677372.
  7. ^ Multimedialna Encyklopedia Powszechna WIEM edycja 2006. Young Digital Poland S.A., 2006.
  8. ^ "A Snippet of Chart Polski History" [Kupasan Sejarah Grehaun Poland]. National Purebred Dog Day® (dalam bahasa Inggeris). 31 Januari 2019. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  9. ^ "Polish Greyhound" [Grehaun Poland]. DogsPlanet.com (dalam bahasa Inggeris). 30 Disember 2023. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  10. ^ "Breed Standards : Chart Polski (Polish Greyhound) | United Kennel Club (UKC)" [Piawaian Baka: Grehaun Poland | United Kennel Club (UKC)]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  11. ^ Resler, Tamara J.; Weitzman, Gary (3 September 2019). Dog Breed Guide: A Complete Reference to Your Best Friend Furr-ever [Panduan Baka Anjing: Rujukan Lengkap untuk Sahabat Baik Anda Selama-lamanya] (dalam bahasa Inggeris). Washington, D.C., Amerika Syarikat: National Geographic Kids. m/s. 125. ISBN 9781426334450. OCLC 1293231892.

Bibliografi

  • Goleman, Małgorzata; Balicki, Ireneusz; Radko, Anna; Rozempolska-Rucińska, Iwona; Zięba, Grzegorz (31 Januari 2021). "Pedigree and Molecular Analyses in the Assessment of Genetic Variability of the Polish Greyhound" [Analisis Pedigri dan Analisis Molekul dalam Pentaksiran Kebolehubahan Genetik bagi Grehaun Poland]. Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 11 (2): 353. doi:10.3390/ani11020353. ISSN 2076-2615. PMC 7911804. PMID 33572519. S2CID 231898978.
  • Krämer, Eva-Maria (1996). Rasy psów [Baka Anjing] (dalam bahasa Poland). Diterjemahkan oleh Parynow, Ludmiła. Warsaw, Poland: Multico. m/s. 294. ISBN 9788370731229. OCLC 751189084.

Pautan luar

  • Chart Polski Association of America (dalam bahasa Inggeris)
  • l
  • b
  • s
Anjing pemburu bau
Anjing pemburu penglihatan
Baka pemburu jenis cur
Lain-lain
Pupus