Fuad Hassan
Dato Haji Fuad Haji Hassan K.M.N., D.S.S.A. (Shah Alam) | |
---|---|
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia | |
Dalam jawatan 2009–2014 | |
Digantikan oleh | Mohd Puad Zarkashi |
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Hulu Kelang | |
Dalam jawatan 1990–1999 | |
Didahului oleh | Kerusi baharu |
Digantikan oleh | Azmin Ali |
Majoriti | 6,508 (1990), 10,275 (1995) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Fuad bin Hassan (1952-11-12)12 November 1952 |
Meninggal dunia | 8 Disember 2014(2014-12-08) (umur 62) Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang |
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Islam Ampang, Selangor |
Parti politik | |
Bapa | Hassan Azhari |
Hubungan | Jalaluddin Hassan (adik) Musa Hassan (abang) |
Dato' Haji Fuad bin Tan Sri Haji Hassan (12 November 1952 – 8 Disember 2014) ialah bekas ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Selangor bagi DUN Hulu Kelang mewakili UMNO.
Latar belakang
Fuad adalah anak kepada tokoh agama pengajian al-Quran iaitu Haji Hassan Azhari (1928–2018)[1] Beliau adalah anak sulung, kedua-dua daripada orang adiknya ialah mantan Ketua Polis Negara, Musa Hassan serta pelakon, Jalaluddin Hassan. Beliau menetap di Ampang Jaya, berhadapan dengan rumah Jalaluddin dan dikurniakan 5 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan.
Beliau mempunyai kelulusan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kerjaya politik
Beliau menjadi ADUN Hulu Kelang selama dua penggal. Pada pilihan raya umum 1999, beliau telah tewas kepada calon Keadilan ketika itu iaitu Mohamed Azmin Ali.
Sejak dari kekalahan itu, beliau telah bersara dari arena politik dan kini menumpukan kepada bidang perniagaan. Yang terbaru ialah beliau sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah iaitu Asmara Air Services Sdn. Bhd. Beliau menjadi Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA Kementerian Penerangan.
Pengalaman, kebolehan dan kelulusan yang beliau miliki dikira amat sesuai untuknya menjawat jawatan penting dalam membantu memperkukuhkan harapan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO sekarang.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Nama | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | N19 Hulu Kelang | Fuad Hassan | BN (UMNO) | 11,585 | Mohd Fahmi Ibrahim | S46 | 5,077 | 6,508 |
1995 | N18 Hulu Kelang | Fuad Hassan | BN (UMNO) | 12,481 | Minhat Sulaiman | S46 | 2,206 | 10,275 |
1999 | N18 Hulu Kelang | Fuad Hassan | BN (UMNO) | 8,039 | Mohamed Azmin Ali | KeADILan | 9,185 | 1,146 |
Kematian
Beliau meninggal dunia pada 8 Disember 2014 pada usia 65 tahun.[2]