Erema
Erema | |
---|---|
Nama lahir | Dayang Zaira Erema binti Awang Moshdad |
Kelahiran | (1983-09-28) 28 September 1983 (umur 40) Kuching, Sarawak, Malaysia |
Genre | Pop, balada |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2006–2011 |
Syarikat rakaman | Jadtek Production & Etertainment |
Dayang Zaira Erema Awang Moshdad atau lebih dikenali dengan mononim, Erema (lahir 28 September 1983) merupakan seorang bekas penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu "Pelita Di Bawah Purnama" yang dimuatkan dalam album sulungnya bertajuk sama yang dikeluarkan pada 2006.
Kehidupan peribadi dan kerjaya
Erema ialah anak sulung daripada lima beradik, beliau berkahwin dengan penulis lirik Jamaluddin Sulik atau lebih terkenal sebagai Seri Bayu pada 2007.[1] Seri Bayu meninggal dunia pada 2011 akibat masalah kesihatan. Meskipun Erema tidak begitu aktif di media arus perdana, tetapi beliau masih menyanyi. Beliau juga menyanyi untuk Kerabat Diraja Pahang selama 8 tahun.[2]
Diskografi
Album studio
- Pelita Di Bawah Purnama (2006)
Rujukan
Pautan luar
- Erema di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)