Che Mamat Parang Tumpul

Che Mamat Parang Tumpul
PengarahL. Krishnan
Dibintangi
  • Wahid Satay
  • Latifah Omar
SinematografiHitam-putih
Syarikat
penerbitan
Cathay-Keris Film Productions
Tarikh tayangan
1960
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Che Mamat Parang Tumpul merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1960. Filem Che Mamat Parang Tumpul diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem ini merupakan sebuah terbitan Cathay-Keris Film Productions yang berpangkalan di Singapura.

Pengarah

Filem Che Mamat Parang Tumpul diarah oleh pengarah L. Krishnan pada 1960.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan Che Mamat iaitu seorang individu yang sentiasa bernasib malang. Segala kerja yang beliau lakukan sentiasa tidak kena serta tidak mendatangkan hasil. Ini menyebabkan beliau sentiasa membuang masa dengan bercerita kepada kanak-kanak. Atas pujukan kekasihnya Fatimah, Che Mamat telah menyertai sebuah peraduan menulis cerita pendek. Kemenangannya telah membuka lembaran baru di dalam hidupnya apabila beliau mendapat tawaran menjadi wartawan di sebuah akhbar.

Pelakon

  • Wahid Satay sebagai Mamat
  • Latifah Omar sebagai Fatimah
  • M. Amin sebagai Puteh
  • Siti Tanjung Perak sebagai Ibu Mamat
  • Dollah Sarawak sebagai Ketua Kumpulan Tangan Hitam
  • Aini Jasmin sebagai Pak Anjang
  • Salleh Ghani sebagai Sub-Editor
  • Yem Jaafar sebagai Tuan Pengarang
  • Aman Belon sebagai Mamak Mee Goreng
  • Udo Omar sebagai ASP Anuar
  • Rahimah Alias

Lagu

Rujukan

  • Filem Che Mamat Parang Tumpul.

Pautan luar