Burung Merbah Kapur

Burung Merbah Kapur
Seekor Merbah Kapur di Wetland Sungai Buluh, Kuala Lumpur
Status pemuliharaan

Kurang membimbangkan  (IUCN 3.1)
Pengelasan saintifik
Alam:
Haiwan
Filum:
Khordata
Kelas:
Burung
Order:
Passeriformes
Keluarga:
Pycnonotidae
Genus:
Pycnonotus
Spesies:
P. goiavier
Nama binomial
Pycnonotus goiavier
(Scopoli, 1886)

Burung Merbah Kapur (Pycnonotus goiavier) adalah tergolong dalam keluarga bulbul dari burung kicau. Ia mendiami dan membiak di Asia Tenggara bermula di Indochina sehingga ke Filipina. Ia boleh dijumpai di pelbagai habitat terbuka, tetapi bukan jauh ke dalam hutan. Merbah Kapur merupakan antara spesies burung yang banyak ditemui di kawasan-kawasan yang telah diterokai. Ia biasanya hidup berpindah randah.

Ciri-ciri

Burung Merbah Kapur ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Merbah Kapur adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Merbah Kapur tidak bergigi.

Makanan

Buah-buah tempatan seperti pisang, buah betik dan lain-lain lagi. Serangga dan ulat kecil

Pembiakan

Sarang dan telur Merbah Kapur
Dua ekor anak Merbah Kapur

Burung Merbah Kapur membiak dengan bertelur. Telurnya berwarna coklat berbintik dan bercangkerang keras. Merbah ini mampu bertelur antara 2-5 biji antara bulan Februari hingga Jun. Sarangnya yang berbentuk cawan and diperbuat daripada daun, rumput, ranting dan akar pokok kecil. Ia mungkin kelihatan tidak kemas jika dilihat dari arah sisi luar tetapi dalaman amat kenas dengan jalinan serat pokok. Ia dibina di tempat seperti semak samun di tanah rendah sehingga pokok-pokok tinggi.

Habitat

Pautan luar

  • Carian Google.


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z