Bantahan Thailand 2020-2021
- Para pembantah di Monumen Demokrasi di Bangkok, 18 Julai.
- Bantahan di Pattani pada 2 Ogos.
- Seorang mahasiswa membaca tuntutan reformasi monarki pada 3 Ogos.
- Tunjuk perasaan di Ya Mo, Nakhon Ratchasima.
- Tunjuk peasaan di Universiti Srinakharinwirot pada bulan Februari.
- Tahap 1: Februari 2020
- Tahap 2: Sejak 18 Julai 2020 (2020-07-18)
(4 tahun, 2 bulan, dan 1 hari)
- Pembubaran Parti Masa Depan Baharu pro-demokrasi
- Skandal korupsi politik, termasuk skandal 1MDB[1][2]
- Ketidakpercayaan terhadap pilihan raya umum Thailand 2019 dan sistem politik serta demokrasi kini yang dianggap tidak bebas.
- Ketidakadilan pemberian hukuman.
- Diskriminasi LGBT.
- Kesan ekonomi pandemik COVID-19.
- Perlanggaran hak asasi manusia.
- Peningkatan hak prerogatif kerajaan dan hukum lèse majesté.
- Pembubaran Dewan Perwakilan Thailand dan pilihan raya umum baharu.
- Mengakhiri pengancaman rakyat.
- Perancangan perlembagaan baharu.
- Penghapusan senat yang dipilih pihak tentera.
- Pindaan hak prerogatif dan hukum lèse majesté.
- Peningkatan hak sivil, ekonomi, dan politik.
- Dihentikan selama lima bulan karena ketiadaan sesi akademik akibat pandemik COVID-19.
Para pembantah:
Lihat senarai lengkapnya
Media bersimpati Lihat senarai lengkapnya
|
Lihat senarai lengkapnya
Media bersimpati Lihat senarai lengkapnya
|
|
|
|
Bantahan Thailand 2020-2021 merujuk kepada siri protes yang ditujukan kepada pemerintahan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha serta protes untuk menuntuk reformasi terhadap sistem monarki Thailand. Secara amnya, tunjuk perasaan ini terdiri daripada para mahasiswa tanpa sebarang ketua.[6] Pada awalnya, tunjuk perasaan ini terbit daripada pembubaran Parti Masa Depan Baharu pada 2019 yang dijalankan di universiti-universiti Thailand. Meskipun begitu, tunjuk perasaan ini terhenti seketika akibat pandemik COVID-19 di Thailand.
Tunjuk perasaan dilancarkan semula pada 18 Julai dengan demonstrasi besar yang diadakan di bawah payung Pemuda Bebas di Monumen Demokrasi, Bangkok. Tiga tuntutan diajukan kepada pihak kerajaan Thailand: pembubaran parlimen, mengakhiri pengancaman rakyat dan penggubalan perlembagaan baharu. Protes pada bulan Julai dipicu oleh kesan pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan perintah darurat dan tersebar ke seluruh negara.
Pada 3 Ogos, dua kumpulan pelajar secara terbuka membangkitkan permintaan demi reformasi sistem beraja, mencanggahi pantang larang dalam mengkritik sistem beraja. Seminggu kemudian, 10 permintaan reformasi telah dikemukakan. Pada 19 September, sebuah protes melibatkan 20 ke 100 ribu orang penunjuk perasaan muncul dan disifatkan sebagai cabaran terbuka kepada Raja Vajiralongkorn. Setelah berlaku protes besar-besaran pada 14 Oktober, sebuah perintah darurat "kritikal" telah diisytiharkan di Bangkok dengan alasan penghalangan perarakan diraja oleh pihak penunjuk perasaan. Namun begitu, tunjuk-tunjuk perasaan masih dijalankan. Perintah darurat tersebut ditamatkan pada 22 Oktober, diikuti dengan protes untuk memohon peletakan jawatan Prayut pada 24 Oktober. Sebuah sesi Parlimen tergempar akan dijalankan pada 26 ke 27 Oktober.
Rujukan
- ^ "แฟลชม็อบนักเรียน-นักศึกษา ประกายไฟในกระทะ หรือ เพลิงลามทุ่ง". BBC Thai (dalam bahasa Thai). 28 Februari 2020. Dicapai pada 25 Julai 2020.
- ^ "Banned Thai opposition party says junta helped 1MDB cover-up". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 23 Februari 2020. Dicapai pada 15 Ogos 2020.
- ^ a b "คุม 'ทนายอานนท์ - ไมค์' ส่งศาลแล้วทั้งคู่ ทามกลางมวลชนนับร้อย". Bangkok Biznews/ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Ogos 2020.
- ^ "ผู้สนับสนุนเรียกร้อง ตร. ปล่อยตัว "เพนกวิน" พริษฐ์ ชิวารักษ์". BBC News ไทย (dalam bahasa Thai). Dicapai pada 31 Ogos 2020.
- ^ "The student daring to challenge Thailand's monarchy". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2020-09-17. Dicapai pada 2020-09-17.
- ^ "Explainer: What's behind Thailand's protests?". Reuters. 15 Oktober 2020. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
Pautan luar
- Media berkenaan Tunjuk perasaan Thailand 2020 di Wikimedia Commons