Asmirandah

Asmirandah
Kelahiran
Asmirandah Zantman

(1989-10-05) 5 Oktober 1989 (umur 34)
Jakarta, Indonesia
WarganegaraIndonesia
Nama lainMaria Asmirandah Wattimena
PekerjaanPelakon, Penyanyi, Model, Penulis
Tahun aktif2004 - kini
PasanganJonas Rivanno (k. 2013)
Anak-anak1

Asmirandah Zantman (lahir di Jakarta, 5 Oktober 1989; umur 34 tahun) atau lebih dikenali sebagai Asmirandah merupakan seorang pelakon berkewarganegaraan Indonesia. Beliau terkenal dengan peranannya sebagai Elsa dalam sinetron Kepompong, terbitan Indika Entertainment dan disiarkan di Trans TV.

Latar belakang

[1][2] Beliau memulakan kerjayanya di dunia hiburan tanah air lewat sinetron Kawin Gantung. Namanya mula dikenali oleh orang ramai sejak membintangi beberapa sinetron seperti Inikah Rasanya? dan Cinta SMU 2. Lakonan televisyen Asmirandah yang paling berjaya ialah wataknya yang berjaya sebagai Elsa dalam sinetron terbitan Indika Entertainment dan disiarkan di Trans TV, Kepompong, yang dibintanginya bersama Dhini Aminarti dan Alice Norin.

Andah juga membintangi beberapa produk iklan televisyen seperti: Gery Cokluut, Gery Saluut, XL, Rexona, Suzuki Spin, dan AC Sharp. Pendidikan formal terakhir adalah D3 Jurusan sutradara pada The Next Academy Jakarta. Beliau pernah menjalin hubungan dengan Dude Harlino sebelum kemudian putus. Sejak pertengahan tahun 2012 beliau menjalin hubungan kekasih dengan sesama pelakon sinetron, Jonas Rivanno.

Biografi

Asmirandah dilahirkan pada 5 Oktober 1989 di Jakarta, beliau merupakan anak bongsu Anton Farmidji Zantman dan Susilawati ayah nya berdarah Belanda dan Perancis dan Inggris di sebelah bapanya dan Jepun dan Betawi dan Sunda dan Jawa dan Melayu di sebelah ibunya.[3][4]

Beliau mula muncul di sinetron Indonesia pada 2004. Beliau melangkan ke peranan peragawati dalam bebrapa iklan termasuk Coca-Cola dan Suzuki, dengan kemunculan fizikalnya dan rambut panjangnya.[5]

Asmirandah juga menghargai sastera dan sajak, pada 2012, beliau menerbitkan koleksi cerpen pertamanya bertajuk « Lovandah ».[6][7]

Kehidupan peribadi

Asmirandah pernah berpacaran dengan Dude Harlino pada lewat 2000an, tetapi berpisah kerana perbezaan umur pada 2011.[8] Pada 2012, beliau mengesahkan hubungannya dengan pelakon Jonas Rivanno meskipun perbezaan agama mereka, yang mewujudkan kontroversi dalam kebudayaan Indonesia dan tidak direstui oleh keluarga Asmirandah.[9][10]

Berpendidikan dalam keluarga Muslim taat,[11] beliau beralih ke Protestantisme dan telah dibaptiskan pada Jula 2013, kemudian berkahwin dengan Jonas Rivanno di Singapura, pada 22 Disember 2013.[12] Beliau menafikan khabar angin penukaran paksa, berkata ia adalah secara sukarela selepas bermimpi Jesus.[13]

Filemografi

Film

Tahun Judul Peran Catatan Ref.
2008 Liar Pepi
2009 Ketika Cinta Bertasbih 2 Dokter Vivi
2010 Dalam Mihrab Cinta Silvie
2012 Jakarta Hati Perempuan Segmen "Orang Lain"
2013 Rectoverso Senja
Isyarat Tidak Sebagai sutradara segmen "Teman Bayangan"

Televisyen

Tahun Tajuk Watak Catatan Ref.
2004-2007 Kepompong Elsa Claudia Siri televisyen terbitan Indika Entertainment dan disiarkan di Trans TV
2004 Cinta SMU 2 Sandra
2005 Inikah Rasanya 2 Sofi
2006 Kau Masih Kekasihku Aulia/Kirana
2006–2007 Wulan Baby
2007 Baby Doll Mantan pacar Neo
Aisyah Tania
2008 Hingga Akhir Waktu Anggrek
2008–2009 Sekar Karina
2009 Nikita Dokter April
Cinta dan Anugrah Dirinya sendiri
2010 Sejuta Cinta Marshanda
Kemilau Cinta Kamila Kamila Regina Putri
Kemilau Cinta Kamila 2: Berkah Ramadan
Kemilau Cinta Kamila 3: Makin Cinta
2011 Kemilau Cinta Kamila: Cinta Tiada Akhir
Dari Sujud ke Sujud Dokter Vivi
2011–2012 Binar Bening Berlian Berlian
2012 Iskul Dirinya sendiri
Separuh Aku Adara
2013 TV Movie Episode "Cinta Semalam"
Episode "Asmara Di Bawah Hujan"
Episode "Roti Buaya"
2018–2019 Cinta Suci Monica Zevanya

Film televisi

  • Perkawinan Tak Di Restui
  • Lampu Ajaib

Diskografi

Single

  • Aku Jatuh Hati
  • Salahkah kita (ft. Robinhood)
  • Bunga-Bunga Cinta (ft. Dude harlino)
  • Lagu Tema Aku Ingin Kamu
  • Ketulusan Cinta

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2012 Panasonic Gobel Awards Aktris Favorit Asmirandah Menang
2013 Nickelodeon Indonesia Kids' Choice Awards Favorite Actress Asmirandah Menang

Rujukan

  1. ^ Entertainment Kompas: Asmirandah Tak Masalah Pembantu Mudik Lebaran
  2. ^ "Ceritamu.com: Biografi Asmirandah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2017-05-13.
  3. ^ "Asmirandah Rencana Mudik ke Belanda". September 21, 2009.
  4. ^ "Alasan Asmirandah Tak Mudik". January 14, 2009.[pautan mati kekal]
  5. ^ "Asmirandah Jadi Model dan Sutradara Video Klip". January 7, 2009.
  6. ^ "Asmirandah Luncurkan Kumpulan Cerpen 'Lovandah'". November 19, 2012.
  7. ^ "Lovandah: Untaian Berlian Cinta dari Asmirandah". November 12, 2012.
  8. ^ "Penyebab Asmirandah Putus dengan Dude Harlino". December 15, 2011.
  9. ^ "Jonas dan Asmirandah Diisukan Bangkrut, Keluarga Kaget". August 28, 2014.
  10. ^ "Banjir Komentar Asmirandah Ibadah di Gereja, Ustaz Injak Kepala". December 26, 2014.
  11. ^ "Asmirandah: Being a good girl". January 15, 2012.
  12. ^ Selamat Ulang Tahun Perkawinan, Asmirandah dan Jonas Rivanno
  13. ^ "Asmirandah Masuk Kristen dan Sudah Dibaptis di Gereja Tiberias? Ini Komentar Sang Ayah". December 17, 2013.

Pautan luar