Angkatan Tentera Republik Islam Iran
Armed Forces of the Islamic Republic of Iran Angkatan Tentera Republik Islam Iran | |
---|---|
Logo Staf Am Angkatan Tentera Republik Islam Iran Bendera Staf Am Angkatan Tentera Republik Islam Iran | |
Diasaskan | 1923 |
Bentuk kini |
|
Cabang khidmat |
|
Ibu pejabat | Teheran |
Kepimpinan | |
Pemerintah Tertinggi Presiden | Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei Hassan Rouhani |
Menteri Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera | Menteri BG Amir Hatami |
Ketua Staf Am | MG Mohammad Bagheri |
Kakitangan aktif | 523,000, termasuk 220,000 orang kerahan[1] |
Kakitangan simpanan | 350,000[1] |
Perbelanjaan | |
Bajet | $10.265 bilion (2015)[2] |
Peratusan KDNK | 2.5% (2015)[3] |
Industri | |
Pembekal domestik | Senarai Pembekal Domestik:
|
Pembekal luar | Senarai Pembekal Luar:
|
Eksport tahunan |
|
Rencana berkaitan | |
Sejarah | Sejarah ketenteraan Iran Anglo-Soviet Invasion of Iran |
Pangkat | Rank insignia of the Iranian military |
Angkatan Tentera Republik Islam Iran (Parsi: نیروهای مسلح جمهوری اسلامی ایرانcode: fa is deprecated ), Termasuk Tentera (Artesh), Revolusi Pengawal (Sepāh), dan Pasukan Penguatkuasaan Undang-Undang (Polis).[7]
Iran mempunyai tiga badan ketenteraan utama iaitu tentera darat, tentera laut dan tentera udara. Selain itu terdapat juga sebuah badan ketenteraan khas yang digelar Pasukan Bersenjata Revolusi dan badan ini mempunyai 545,000 pegawai.[8] Kesemua badan ketenteraan ini diletakkan dibawah penguasaan Kementerian Pertahanan dan Logistik Pasukan Bersenjata.[9]
Pasukan bersenjata nasional dianggarkan mempunyai 420,000 pegawai: seramai 350,000 untuk Tentera Darat Iran, 18,000 tentera untuk Tentera Laut Iran dan 52,000 pegawai untuk Tentera Udara Iran.[10] Tentera revolusi pula mempunyai 125,000 tentera yang dibahagikan kepada tiga pasukan iaitu Pasukan Qods, Pasukan Basij dan tentrea revolusi yang mempunyai tiga batalion iaitu Tentera Laut Revolusi Iran, Tentera Udara Revolusi Iran dan Tentera Darat Revolusi Iran.[11]
Tentera Basij Iran adalah sebuah pasukan para-ketenteraan yang disertai oleh sukarelawan dan juga tentera dari pasukan Qods. Ia mempunyai kekuatan seramai 90,000 tentera yang bekerja sepenuh masa, 300,000 askar simpanan dan 11 juta penduduk Iran yang berkemampuan untuk berperang.[12]
Kemampuan ketenteraan Iran selalunya dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Dewasa ini, terdapat beberapa pengumuman rasmi daripada kerajaan Iran mengenai pembangunan peluru berpandu dan juga beberapa senjata api seperti peluru berpandu Fajr-3, Hoot, Kowsar, Fateh-110, Shahab-3 dan beberapa kenderan tentera tanda pemandu. Salah satunya didakwa oleh Israel digunakan untuk pengintipan Israel.[13]
Selain itu, beberapa negara barat mendakwa Iran sedang membangunkan senjata nuklear.[14] Namun begitu, dakwaan disangkal oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana ia tidak mempunyai bukti yang kukuh.[15] [16]
Tentera Darat Iran
Tentera Darat Republik Islam Iran adalah tentera nasional Iran. Ia dikenali sebagai Artesh dalam Bahasa Parsi yang bermaksud askar. Pada tahun 2006, pasukan bersenjata ini mempunyai seramai 350,000 askar.[17]
Tentera Laut Iran
Tentera Laut Iran merupakan pasukan bersenjata Iran yang paling kecil. Sebelum 1971, tentera laut Iran dilengkapi dengan peralatan-peralatan daripada Amerika Syarikat dan Inggeris. Selepas Revolusi Iran, Amerika mengenakan sekatan ekonomi ke atas Iran menyebabkan Iran kekurangan kelengkapan perang. Ketika Perang Iran Iraq, banyak armada-armada tentera laut Iran dibom dan dimusnahkan oleh tentera Iraq.
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b IISS 2016, m/s. 328. sfn error: no target: CITEREFIISS2016 (help)
- ^ https://www.sipri.org/sites/default/files/Milex-constant-USD.pdf
- ^ http://www.worldbank.org/en/country/iran/overview
- ^ "Iran, Belarus Sign Cooperation Agreements".
- ^ "Angkatan Tentera Turki".
- ^ "Ilham Aliyev's shocking statement on Iran".
- ^ No Operation Diarkibkan Mei 15, 2012, di Wayback Machine. Presstv.com. Retrieved on 2014-06-09.
- ^ IISS Military Balance 2006, Routledge for the IISS, London, 2006, m/s.187
- ^ http://www.mod.ir/
- ^ IISS Military Balance 2006, Routledge for the IISS, London, 2006, p.187
- ^ IISS Military Balance 2006, Routledge for the IISS, London, 2006, m/s.187
- ^ http://www.globalsecurity.org/intell/world/iran/basij.htm
- ^ http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/3990773.stm
- ^ http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/4031603.stm
- ^ http://www.guardian.co.uk/iran/story/0,12858,1304406,00.html
- ^ http://www.aljazeera.com/me.asp?service_ID=5051
- ^ The Military Balance 2006, Routledge for the IISS, London, m/s.187.
Pautan Luar
- http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/middleeast/syria/9072798/Syria-Irans-elite-Quds-force-advising-Assad-regime.html
- GlobalSecurity.org, Iranian armed forces
- Iran's Military: Strangely Powerful Diarkibkan 2010-05-07 di Wayback Machine - slideshow by Life magazine
- Air University, Bibliography on Iran's military strategy
- The Gulf: Military Forces in an Era of Asymmetric War: Iran Center for Strategic and International Studies (2006)
- Iran & The Gulf Military Balance Center for Strategic and International Studies (2011)
- http://www.i24news.tv/en/news/international/middle-east/108495-160404-iran-sends-special-forces-to-syria-as-advisors-report
- http://www.mirror.co.uk/news/world-news/pilot-russian-jet-downed-turkey-6906704
| ||
---|---|---|
Sejarah | Empayar Parsi • Arya • Empayar Sasan • Sejarah Awal Islam di Parsi • Wangsa Safawiyah • Revolusi Iran | |
Politik dan Kerajaan | Pemimpin Agung •Presiden •Hubungan luar negeri Iran | |
Geografi | Iklim • Flora dan Fauna | |
Ekonomi | Perindustrian • Perkhidmatan • Perlombongan • Pertanian • Bursa Saham Teheran • Rial Iran | |
Demografi | Bahasa • Agama • Etnik | |
Kebudayaan | Kesenian • Sastera • Tarian • Seni Bina | |
Komunikasi dan Pengangkutan | Pengangkutan Darat • Pengangkutan Laut • Pengangkutan Udara • Telekomunikasi | |
Ketenteraan | Tentera Darat • Tentera Laut • Tentera Udara • Tentera Revolusi • Pasukan Basij |