Alice Norin

Alice Norin
Kelahiran (1987-06-21) 21 Jun 1987 (umur 37)
Stavanger, Norway
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon, Peragawan
PasanganAudy Riri Mestika Rachman (k. 2007; c. 2009)
Alvin Yudhapatria (k. 2011)
Anak-anakPernikahan dengan Alvin Yudhapatria: 2

Alice Norin (lahir di Stavanger, Norway, 21 Jun 1987; umur 37 tahun) merupakan seorang peragawan dan pelakon Indonesia. Beliau terkenal dengan peranannya sebagai Khalifah dalam sinetron Kepompong, terbitan Indika Entertainment dan disiarkan di Trans TV.

Biografi

Alice Norin memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan sejak dia berumur 13 tahun. Selain peragaan, wanita Norway - Manado - Sunda yang memeluk Islam sejak 2007 ini turut menceburi dunia lakonan dengan membintangi beberapa sinetron. Sinetron lakonan Alice Norin iaitu, Wulan Bukan setakat layar kecil, anak sulung daripada 3 beradik itu turut menembusi skrin lebar. Filem pertama Alice Norin adalah genre seram dengan tajuk Psikopat. Dalam filem pertama ini, Alice Norin mendapat watak utama sebagai Mita. Dalam filem ini Alice Norin berlakon dengan Sigit Hardadi dan Ferry Ixel arahan Rudi Aryanto, dan dihasilkan oleh Andi Ekim. Lakonan televisyen Alice Norin yang paling berjaya ialah wataknya yang berjaya sebagai Khalifah Anindita dalam sinetron terbitan Indika Entertainment dan disiarkan di Trans TV, Kepompong, yang dibintanginya bersama Dhini Aminarti dan Asmirandah.

Selepas menerokai dunia model dan sinetron, Alice Norin mencuba menjadi pengarah. Perkara ini tidak memeranjatkan kerana anak kepada Alfred Almendingan dan Sofie ini mengambil jurusan penyiaran. Alice Norin bekerja pada klip video bertajuk Rusty Guitar, yang terdapat pada album Keluar Malam Repackage dimiliki oleh suaminya DJ Riri. Sudah lama, peminat warna merah dan hitam ini mengimpikan untuk menjadi pengarah.

Kehidupan peribadi

Apabila kerjayanya mula meningkat, Alice Norin secara mengejutkan memutuskan untuk berkahwin dengan DJ Riri pada 19 Januari 2007. Padahal ketika itu umurnya belum sampai 20 tahun. Akad nikah pasangan selebriti ini telah diadakan di rumah Alice Norin di Bilangan Cipete pada pagi Jumaat, 19 Januari 2007 dengan mas kahwin satu set alat solat. Sementara itu, majlis resepsi gabungan dua budaya iaitu Norway dan Sunda telah diadakan di Masjid Pondok Indah. Baru-baru ini (April 2009), Alice Norin mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki bernama Agus Laksmono Sudwikatmono.[1]

Filmografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2005 Psikopat Mita Tobali Putra Production
2008 Ada Kamu, Aku Ada DJ di pantai Maxima Pictures
2009 Ketika Cinta Bertasbih Eliana Pramesti Alam SinemArt
Ketika Cinta Bertasbih 2
2018 Hanum & Rangga: Faith & the City Vera MD Pictures
2019 Kutuk Elena MD Pictures & Dee Company

Drama lipur lara

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2003 - 2005 Dia Susi MD Entertainment
Marsha
2004 - 2007 Kepompong Khalifah Anindita Alfahri Indika Entertainment
2005 - 2006 Si Cantik dan Si Buruk Rupa (Eps. Ratapan Anak Tiri) SinemArt
2006 Putri Kembar
Bunga Kasih Sayang Melati
2006 - 2007 Wulan Aline
2007 Kasih Sheila
2008 Diva Mona
Assalamualaikum Cinta Alda
2010 Amanah dalam Cinta Alya
Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadhan Elliana
2011 - 2012 Anugerah Karin
Dewa Dita/Yola
2012 Asmara Nora
2012 - 2017 Tukang Bubur Naik Haji Rere
2016 7 Manusia Harimau New Generation Wiwit Lestari SinemArt (dengan label MNC Pictures)
2018 Mahluk Manis dalam Bis Dewi SinemArt
2019 Orang Ketiga Novi
Supir dan Majikan Lanny
Catatan
  • N/A : Not Available

FTV

  • TV Movie: Awas Kalau Lebaran Ini Gak Mudik (2013)
  • TV Movie: Dimana Ibu Akan Tinggal (2014)
  • TV Movie: Pembantu dan Majikan (2015)

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2010 Festival Film Bandung Pemeran Pembantu Wanita Terpuji Film Bioskop Ketika Cinta Bertasbih Menang

Rujukan

  1. ^ Haryanto, Rachman. "Alice Norin Ngaku Intim dengan Anak Sudwikatmono". detikhot. Dicapai pada 23 Mei 2009.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s